W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, kekasih, guru di pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

PERIHAL MENGENAI PENULIS

 photo amy_zpsebd8830e.jpg
Cik Nadeshiko aka Amy.
Nama : Ameelia Nazirah

Umur : 25 tahun

Tarikh lahir : 8 September 1991

Alamat : Kuala Kangsar, Perak

Warganegara : Malaysia

Pekerjaan : Guru Bahasa Melayu (Rendah)

Hobi : membaca, menulis blog, melukis dan design 

Latar Belakang Pendidikan :
  • SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak
  • IPG Kampus Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.


BEST WORDS TO DESCRIBE ME :


 photo colorful-1.gif

Buat mereka yang mengenali aku lebih tahu perangai aku yang sebenar macam mana. Aku sukar untuk didekati dan bukanlah seorang yang 'open book'. Aku perlu mengambil masa untuk mendedahkan diri aku yang sebenar kepada orang. Kalau aku rasa manusia tu mempunyai banyak persamaan dan aku rasa mudah untuk sync dengan dia, I'll show him/her my true colour. Muehhe.


CORETAN RINGKAS MENGENAI PENULIS


Merupakan seorang guru yang sedang mengajar di sekolah pedalaman, iaitu di sekitar kawasan Lasah, Sungai Siput (U). Aku merupakan anak jati Kuala Kangsar dan sangat gemar melibatkan diri dalam penulisan blog. Aku merupakan seorang penggemar  anime, manga, seni lukis, blog design dan penulisan blog. Aku merupakan anak yang ketiga daripada lima adik-beradik dan berlatarbelakangkan keluarga pendidik.

Aku telah mula bergiat aktif dalam penulisan blog sejak berumur 18 tahun sehiggalah sekarang. Aku hanyalah sekadar penulis amatur yang sedang melatih dan mempergiatkan diri dalam bidang penulisan blog secara santai. Aku biasanya menulis tentang perkara yang aku suka dan berdasarkan pengalaman kehidupan aku dan perkara yang aku pelajari daripada persekitaran.

Sekian terima kasih. :)



1 comment:

  1. Entahla camna boleh sesat kat sini on this date. Btw, heyy happy birthdayy!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...