W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

December 21, 2015

3 PERKARA YANG ANDA PERLU BUAT KETIKA PATAH HATI





Bismillahirrahmanirrahim.

Sekian lama tak menulis, tiba-tiba rasa janggal untuk menaip sesuatu. Walaupun pada hakikatnya banyak perkara yang boleh aku kongsikan di sini Namun atas sebab aku tiada semangat (aka malas), maka aku membiarkan saja blog aku ni terus menyepi tanpa sebarang update. 

Hari ni aku nak kongsi mengenai patah hati berulam jantung. Dalam erti kata lain, heart broken dalam bahasa inggerisnya. Antara sebab aku menulis topik ini adalah sebab aku berasa terkesan dengan keadaan kawan aku yang baharu sahaja putus hubungan dengan seseorang. She's been dumped by her ex-boyfriend. Seeing her like crying like that really makes me feel horrible for unable to say anything that can comfort her. I just listen what she said to me.

I really understand how she felt. The struggle that shes going through in trying to let go of her feelings towards her ex. Apa yang aku mampu buat sebagai kawan yang mendengar masalahnya hanya mampu memberi sokongan to forget that guy. I believe this kind of problem not only troubles her, tetapi masalah seperti ini juga dialami oleh mana-mana lelaki dan perempuan di luar sana.

Apa pun masalah korang, patah hati ni perkara biasa sebenarnya, dah memang adat dalam satu perhubungan yang melibatkan perasaan. Cuma hati korang la yang terpaksa tanggung kesakitan tu. Aku faham, because I've been there. Memang macam-macam perasaan bermain dalam hati itu - marah, kecewa, sedih dan sebagainya. Jiwa gelora tu hanya Allah sahaja yang tahu saat tuu.

The pain of losing someone who was dear to us is something yang kita memang tak mampu nak tanggung, tambah bila perasaan itu masih ada lagi dalam hati. Tambah bila korang dah lama bersama dengan buah hati atau pasangan korang itu, maybe for years. Its a different case if you're not in love with that particular person, kalau kena dumped pun boleh buat muka cool selamba badak. 

TAPI, when shits happen, its not the end of everything...

Trust me, I know because aku pernah merasa sakitnya hati tu sampai I was lost in my own world.

Baca betul-betul apa yang aku nak tulis ni. Please keep it in mind or you can even write a note of it if these advice is necessary for you to keep it. Aku memang takkan menafikan satu pun bahawa korang memang akan sakit gila hati. Kecewa, sedih and even MARAH to the point that korang memang rasa nak tumbuk manusia yang buat korang rasa marah itu. 

Aku takkan suruh korang tumbuk atau maki manusia itu sebab benda tu takkan bawa korang ke mana-mana pun. Tindakkan yang terlalu terikut-ikut dengan emosi tu hanya akan mencacatkan lagi diri korang dan harga diri korang di mata manusia yang buat korang kecewa itu. JANGAN panda-pandai korang text ex-boyfriend/girlfriend korang dengan kata-kata makian. JUST DON'T


PERKARA PERTAMA - MENANGIS SEPUAS-PUASNYA


What I really want you to do is jika menangis itu adalah satu keperluan untuk meluahkan perasaan, so just cry as much as you want. Let it out. Lelaki ke perempuan ke, just do it. Perempuan biasanya akan cari someone untuk meluah dan bercakap mengenai perasaan sedih itu. I'm an open person, so aku tak kisah kalau ada laki menangis, it just show that he just  being a human. Kalau lelaki nak menangis, maka menangislah. Nak menjerit pun menjeritlah. Tapi ada certain laki ini akan rasa tak macho/ tak kuat bila menangis, maybe korang boleh alihkan perasaan sedih tu dengan bersukan or talk to someone yang korang percaya tentang perkara tersebut. At these state, I would call it the "HEALING PHASE".



Dalam healing phase ini, korang buatlah apa pun. Anything will do, as long korang buang la perasaan tu. INGAT, jangan pendam! Alih dan buangkan benda yang negatif tu sampai la korang betul-betul sudah boleh merasa tenang. Ada orang, dalam keadaan patah hati tu, dia akan kemas rumah sampai la rumah dia bersih. Ada orang semasa patah hati, dia akan sujud kepada Allah dan merintih seboleh-bolehnya untuk membuang perasaan sedih dan kecewa itu. TAPI, korang jangan buat benda yang tak senonoh pulak seperti minum arak ke, ambil dadah ke or bertukar-tukar pasangan ke.. so, JUST DON'T. Believe me, keadaan akan jadi lebih buruk.  

Dalam healing phase ini juga, buat yang muslim, aku memang akan sarankan kepada korang untuk sujud pada Allah tatkala korang patah hati, baca alquran and anything yang mendekatkan diri dengan Allah sebab hanya Dia yang mampu merawat hati korang. Its because berdasarkan pengalaman aku semasa patah hati berulam jantung sampai tergolek, memang itulah yang aku buat, selain daripada menangis. Bila korang berbalik pada Allah, pada satu tahap korang akan mula rasa positif and sangat tenang.

PERKARA KEDUA - BINA KEHIDUPAN YANG BARU


Dalam phase yang kedua ini, you need to think positif and starts to build your life. Isi masa korang dengan aktiviti berfaedah. Kalau korang seorang yang artistik, then buat sesuatu seperti melukis atau jika korang seorang yang suka memasak, maka belajar masak. Buatlah apa pun, asalkan pekerjaan korang tu boleh kalihkan perasaan negatif tu.

Korang juga boleh belajar tentang photografi dan snap lots of picture!

Hal ini kerana jika korang duduk diam dan tidak buat apa-apa, korang akan mula fikir macam-macam. Antara perkara yang korang akan fikir ialah, "Apa silap aku sampai aku kena dumped dengan dia?", "Apa kurang aku?", "Am I not good enough?", "Kenapa dia buat macam ni pada aku?" dan macam-macam lagi. Semua benda korang fikir dalam benak fikiran itu. Sebenarnya, bila benda macam ini berlaku, bukan silap korang ataupun pasangan korang itu.

Aku sentiasa akan anggap bukan jodoh. YES, bukan jodoh atau memang tak tertulis pun di Luh Mahfuz dialah jodoh korang. The reasons why these people hadir dalam hidup kita adalah sebagai satu bentuk pengajaran. Pengajaran apa? Depends, maybe sebab kita lalai dalam hal dunia, kita lupa kepada Allah, atau MUNGKIN deep down in our hearts kita terlalu taksub dan yakin ex-girlfriend/boyfriend korang is THE ONE untuk korang sampai korang lupa Dia yang mengatur segala-galanya.

Bila korang terlalu taksub atau dalam erti kata lain you're so in love with your special someone, korang memang takkan nampak semua cacat celanya. Apa yang korang nampak, all the good stuff pada diri bekas pasangan korang tu. Apa yang diorang buat, semua nampak cantik, hensem, comel dan seangkatan dengannya. Bukan itu saja, bila korang dah terbawa-bawa dengan perasaan itu, secara tak langsung, tak pernah terlintas pun dalam fikiran korang bahawa Allah boleh tarik semua kebahagian sementara ini dengan sekelip mata saja. Please bear this in your mind, tiada apa pun yang kekal dalam dunia ini. Jika manusia yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula manusia yang bercinta.


PERKARA KETIGA - FIKIRKAN HIKMAH KEJADIAN AKA FIKIR POSITIF


Berdasarkan pengalaman aku tentang patah hati ini, secara jujurnya aku memang rasa bersyukur sangat Allah beri aku peluang untuk rasa sakit hati tu. Aku rasa bersyukur Allah bagi peluang kepada aku untuk merasa perasaan kena dumped dan kena reject. Ambik kau, dua-dua aku penah rasa. Kau ada? Hahaha. Okay kita sambung balik cerita tadi. Bila benda seperti ini berlaku dalam hidup aku, memang pada awalnya aku rasa sentap. Tetapi at one point aku mula berasa bersyukur atas perkara tersebut. Korang nak tahu sebab apa?

smile and stay positive!

First, apabila aku kena reject dengan seorang hamba Allah ini, memang aku rasa sedih tetapi tidak lama selepas tu, aku rasa tenang sangat. Its like all the burden that you held for loving this person for years hilang sekelip mata sahaja. Yes, aku mula rasa lebih tenang. At that moment juga, aku makin mula tidak memikirkan pasal dia dan tahap fokus aku dalam hidup lebih baik daripada sebelumnya.

Pada mulanya memang korang akan berasa sedih, tetapi tamparan hebat dalam kehidupan akan buka minda korang untuk berhenti fikir tentang 'dia' dan pada masa itu jugak ada kesedaran dalam diri korang, "There's no point of doing this anymore". Perasaan tenang itu hadir bilamana kita berjaya lepaskan sesuatu dengan perasaan 'redha'.

Second, I learn how to love myself better. At the moment people CHOOSE to reject or leave you, you should stop hating yourself and embrace all the quality that you have in you. When someone rejects or leaving you, indirectly they telling you that you're not meeting with any of his/her qualification/standards apa yang diorang nak dalam diri future pasangan diorang.

So, I realised that there is no point to be someone else semata-mata untuk memenuhi standard yang ditetapkan orang lain. Its because I think, I have to value my self and I don't need a person who doesn't even value my existence at the first place. Plus, I always think that rejection and being dumped by someone ini adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Persoalannya, sama ada kita boleh adapt and terima keadaan itu sahaja.



Third, I got a chance to open myself to other person who is very very nice. Aku adalah jenis manusia yang hanya akan suka seorang hamba Allah dan sukar untuk berubah hati melainkan apabila aku rasa 'I need to move on'. Bila mana wujudnya manusia yang tidak menolak dan meninggalkan kita, tidak perlulah kita menyimpan 1001 angan-angan untuk mengejar semula seseorang yang sudah buang kita. Ini kerana, semakin kita mengejar sesuatu, semakin ia pergi jauh meninggalkan kita.

Jadi, buka peluang kepada orang lain untuk hadir dalam hidup kita and thats what I did. Bila perkara ini berlaku, dengan nasihat beberapa orang kawan, aku berusaha untuk membuka hati aku kepada seseorang. Dari saat tu, aku mula rasa bersyukur and thanks to him, aku telah menjumpai someone that I was looking for as my life partner. Hakikat kehidupan, sebelum  kita menjumpai sesuatu yang baik, kita akan berhadapan dengan situasi yang tidak baik terlebih dahulu. Inilah yang dikatakan, hikmah kejadian.

Secara konlusinya di sini, patah hati memang menyakitkan tapi cuba lihat dari sudut perspektif yang berbeza. Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita pasti ada hikmah dalam setiap kejadian tersebut. Seorang wanita yang bercerai dengan suaminya, pada mulanya memang dirasai sedih dan pilu namun terselit ketenangan yang dicari-cari disebalik penceraian tersebut. Dan biasanya perkara yang paling pahit itulah sebaik-baik penawar. Seperti mana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 216 -- 

boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Maka bersyukurlah dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita dan belajarlah untuk redha akan setiap ketentuanNya. Senyum, walaupun ianya pahit untuk ditelah kerana kita hanyalah hamba-Nya. 

Thats all for now. Wassalam.

August 12, 2015

Pengalaman Mengajar #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini aku hendak sembang mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang aku jadi guru pedalaman di Pos Legap, Lasah, aku hanya boleh guna satu perkataan sahaja - pening! Pertama kali aku merasakan mengajar merupakan sesuatu pekerjaan yang rasa nak pecah kepala. Apa pun yang kau buat untuk make sure student kau boleh buat yang terbaik, semua jadi hancus.

Fine, mungkin ini disebabkan diri aku sendiri - lack in experience dalam mengajar. Sebut masa praktikum tu belakang kira la, sekarang ni aku dah mula jadi cikgu yang sebenar. Jadi pengalaman dia tu memang feel lain sikit. Tak tahu nak terang macam mana, tapi feel rasa lebih berat dan bertanggungjawab tu dah macam terover-over pun ada.

Masalah utama yang aku perhatikan murid aku adalah mereka sangat-sangat mudah lupa dan sangat sangat malu hendak bercakap! Beberapa perkataan yang kau dah sebut pada mereka pada 5 minit yang lepas sangat mudah mereka lupakan. Bukan itu sahaja, bila tanya, sangat susah hendak jawab soalan yang aku tanya tu, Seolah-olah dalam mulut mereka tu disimpannya permata!

Sebagai contoh, pernah sekali aku mengajar mengenai kata nama am dan kata nama khas kepada mereka. 

"Okay murid-murid, hari ini cikgu nak mengajar mengenai kata nama am dan kata nama khas."

Terang punya terang sampai anak tekak rasa haus, maka aku pun berhenti seketika lalu bertanya,

"Faham tak apa yang cikgu ajar?"

"Faham cikgu.."

Bila murid-murid menunjukkan muka yang konfiden yang mana mereka faham, maka aku pun terdetik dalam hati untuk menguji mereka setiap seorang. 

"Ooo paham yee. Meh sini aku nak tengok hampa faham atau tak.." detik dalam hati.

Maka, aku pun meminta semua murid bangun dan aku mula bertanyakan beberapa soalan mengenai perkara yang aku telah ajarkan kepada mereka mengenai kata am dan kata nama khas.

"Okay murid-murid, perkataan datuk *sambil menulis di papan putih* kata nama am atau kata nama khas?"

Kelas menjadi senyap sunyi. Tiada sesiapa yang ingin bersuara. Aku pun terfikir dan bermonolog dalam hati, "budak-budak ni tak faham apa aku ajar atau malu nak bagi jawapan??" Aku pun berfikirlah secara positif, budak-budak aku ni ada masalah malu nak bercakap. Jadi sebagai guru, kena memotivasikan mereka untuk berani bercakap dengan guru.  

"Murid-murid, jangan malu nak bercakap dan bagi jawapan. Jangan risau, kalau salah pun cikgu takkan marah. Jangan takut nak mencuba!"

Mereka masih terdiam. Tiada siapa yang bersuara. Aku yang berdiri di depan seolah-olah sedang bercakap dengan tunggul. Allah sahaja yang tahu bertapa geramnya bila aku meminta murid untuk bercakap tetapi tiada respon! Bila dah jadi macam tu, aku kena fikir strategi lain!

"Okay, siapa kata perkataan datuk ni kata nama am, sila angkat tangan!"

Beberapa orang murid mula mengangkat tangan. I would say, dua orang sahaja yang angkat tangan dan menjawab soalan dengan betul. Yang selebihnya korang faham-faham sendiri laa. Bila aku dah dapat jawapan on the spot yang murid sememangnya tak faham dengan apa yang aku ajar, aku ajar beberapa kali sampai aku punya anak tekak ni rasa nak pecah! Haiyoo, penat betul.

Bila aku dah terang beberapa .kali, sampai waktu nak dekat habis dan tak sempat pun nak buat latihan dengan diorang, maka murid-murid pun menunjukkan respon yang positif. Yes, finally mereka faham dengan apa yang aku ajar. Jenuh wooo nak ajar diorang. Walaupun aku berjaya pada hari itu, namun perasaan risau tu still ada sebab aku dapat merasakan kalau tanya esok, firasat aku merasakan mereka akan lupa perkara yang dipelajari pada hari ini.

Keesokkan harinya, aku pun tanya soalan yang sama, just to make sure that they understand the thing that I was teaching them yesterday. 

"Okay murid-murid, perkataan datuk *sambil menulis di papan putih* kata nama am atau kata nama khas?

Suasana kelas menjadi krik..krik..krikk.... *tepuk dahi*

Lagi sekali, aku bagi satu contoh nak bagi murid-murid aku refresh semula perkara yang telah diajarkan semalam. Tiba-tiba seorang murid lelaki bersuara...

"Kata nama am.." suara yang sangat-sangat perlahan. Seperti biasa, malu tahap dewa punya perangai.

"Akhirnyaaaaa!!!!! Pandai pun Azri (bukan nama sebenar) boleh jawab dengan betul!"

 Murid tu mula menunjukkan respon malu yang tersipu-sipu. Bila aku memuji mereka, murid lain mula berani untuk menunjukkan sikap untuk menjawab soalan guru secara lisan. Ya Allah, bersyukur gila rasanya waktu tuu. Walaupun lambat sikit, tapi murid masih boleh memahami perkara yang aku ajar. 

Namun begitu, kegembiraan tu tak lama pun, sekejap sahaja. Apabila soalan peperiksaan yang aku gubal, muntah balik soalan yang sama yang aku pernah ajar di dalam kelas, terdapat segeintir besar murid menjawab dengan salah soalan tersebut. Ya Allah, rasa kecewa tu hanya Allah sahaja yang tahu!

Barulah aku mengerti, inilah cabaran sebagai seorang guru pedalaman. Cabaran cikgu di kawasan ini bukan sekadar masalah murid-murid yang pelupa dan tidak terdedah dengan dunia luar, tetapi termasuklah cabaran duduk di dalam kawasan hutan. Cabaran yang dihadapi tuu tak sama dengan pengalaman mengajar budak-budak di luar  seperti pekan dan bandar.

Tidak dinafikan, aku berasa seronok mengajar di sini kerana murid-muridnya sangat menghormati guru-gurunya. Walaupun dicubit dan dimarah oleh guru, tiada masalah menerima aduan daripada ibu bapa mereka mengenai cara pengajaran guru di sekolah. Penatnya di sini adalah perjalanan ke sekolah dan masalah murid-murid yang sukar memahami perkara yang diajar oleh guru, namun masih terasa nikmantnya bila murid berjaya mencapai standard (rendah) yang aku tetapkan. Alhamdulillah. 

InsyaaAllah, I'll try my best untuk mengajar dengan lebih baik agar mereka memperoleh ilmu-ilmu yang membantu mereka pada masa akan datang. Please, pray for me!

Sekian dan wasslam.

August 10, 2015

10 TANDA ANDA MENGALAMI PERFECTIONISM AKA OCD

Assalamualaikum.



Korang pernah tak alami satu keadaan yang mana ada member selalu tegur sikap korang yang cerewet atau terlalu mengejar kesempurnaan? Yes, aku selalu alami benda tu. Benda ni aku memang tak perasan pada mulanya, sehinggalah ada kawan aku tegur sikap aku masa kena hantar assignment. Bukan apa, sempat lagi aku perbetulkan kesalahan ejaan, dan seangkatan dengannya sampai member aku naik runsing.  

"Hang ni sempat lagi nak perbetulkan kesilapan dalam assignment. Perfectionist betul!"

Bila dia tegur macam tu, aku anggap ianya macam satu istilah yang digunakan ke atas manusia yang mahu lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Aku nampak ianya sebagai satu istilah semata-mata, bukan masalah lain. Sampailah baru-baru ni ada seorang member tegur sikap aku semasa aku menolong seorang kawan menghias kelasnya.

"Hahaha, tak sangka kau ni ada obsessive-compulsive disorder!" 
"hah, apa tu ??" terkebil-kebil aku memandang wajahnya. 
"Orang yang ada masalah nak semua benda nampak sempurna!"

Bila dia mention pasal perkataan disorder tu, aku terus terfikir, masalah mental ke apa benda tu? Risau jugak benak hati dengan fikiran memikirkan benda tu. So, seperti biasa aku terus menggunakan encik google untuk mendapatkan beberapa maklumat berkaitan dengan perkara yang diperkatakan oleh kawan aku tu.

The finicky and obsessive mind-set known as perfectionism "goes hand in hand with anxiety disorders," Winston says. "If you are constantly judging yourself or you have a lot of anticipatory anxiety about making mistakes or falling short of your standards, then you probably have an anxiety disorder."

Perfectionism is especially common in obsessive-compulsive disorder (OCD), which, like PTSD, has long been viewed as an anxiety disorder. "OCD can happen subtly, like in the case of somebody who can't get out of the house for three hours because their makeup has to be absolutely just right and they have to keep starting over," Winston says.

Korang faham atau tidak penyataan bahasa inggeris di atas tu? Maksudnya, orang yang adalah masalah dengan Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) sering mengkritik  dan menghukum diri sendiri, takut untuk melakukan kesilapan atau mudah risau sekiranya usaha yang dilakukan tidak mencapai standard yang diingini.  OCD ni masalah kebimbangan, yang mana dia mahu semuanya nampak okay di mata dia. Kalau bersiap sampai berjam-jam dan kalau ada tak kena dalam bab make-up ke, diorang akan start it over again sampailah puas hati.


Ciri-ciri Perfectionism


Di bawah ini merupakan beberapa senarai ciri-ciri manusia yang mengalami masalah OCD iaitu seperti :

#1 - Korang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesilapan atau hiper-kritis terhadap kesalahan. Oleh karena itu, korang memiliki mata yang sangat tajam terhadap ketelitian sesuatu perkara.
#2 - korang akan buat yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan atau ceburi. Walaupun ianya bukan sesuatu yang korang minat, but once korang incharge on that thing, habis semua benda korang buat bagi nampak bagus gilaa
#3 - korang akan banyak menghabiskan banyak masa, sehinggalah sampai pada saat-saat terakhir, untuk buat yang terbaik. Dalam kes ni, korang memang sanggup mengorbankan segala keselesaan (seperti waktu makan, tidur, berjimba dll) semata-mata untuk hasilkan sesuatu yang terbaik. 
#4 - korang menetapkan sesuatu ideal secara mutlak, takde maknanya istilah yang samar-samar, hanya sama ada hitam atau putih. 
#5 - korang sangat berkeras terhadap diri sendiri, selalu mengkritik diri sendiri sekeras-kerasnya dan menyalahkan diri sendiri atas hal-hal kesalahan yang kecil. 
#6 - korang akan berfikir dan tertanya-tanya sekiranya sesuatu perkara yang diusahakan tidak mencapai apa yang korang harapkan, kenapa benda itu tidak berubah dan apa yang perlu dilakukan untuk mencegah masalah itu. 
#7 - korang akan menjadi defensif terhadap kritikan yang dilemparkan oleh orang lain terhadap diri korang dan mempunyai perasaan kebimbangan terhadap kegagalan yang tinggi. 
#8 - korang set matlamat dalam minda, tapi jika matlamat yang hendak dicapai itu tidak mencapai seperti mana yang dihasratkan, korang memang tidak akan peduli tentang  proses pelaksanaan tu. 
#9 - korang mempunyai satu pendekatan, sama ada semua atau tiada apa-apa. Maksudnya, jika korang berada dalam sesuatu situasi yang tidak dibolehkan untuk mencapai standard yang diharapkan, sama ada korang terus meninggalkan tugas itu. 
#10 - korang mempunyai tahap kesedaran atau kepekaan terhadap mana-mana situasi yang menampkkan korang tidak sempurna dari persepsi orang lain. Maknya, kalau ada orang nampak cacat cela pada diri korang, korang akan cepat sentap makan dalam sampai lubang cacing.


Tidak dinafikan, ciri-ciri dekat atas memang kena dengan diri aku. Huwaaaa. 



Pengalaman mengenai Perfectionsm?


Pengalaman berhadapan dengan diri sendiri OCD ini pada hakikatnya memenatkan - penat mentally and physically. Bukan apa, penat pasal nak positifkan diri untuk let it be or let it go bila benda yang diharapkan tidak mencapai apa yang dihasratkan. You'll do everything just to make sure benda tu tercapai, tapi takde la pulak sampai sailang kawan dekat lecturer. Hina sangat kalau buat perangai macam itu.

perfectism ni memang menyedut life kita...


Assignment aku, korang jangan cakap macam manalah. BIASANYA, aku hanya akan berpuas hati kalau assignment tu tebal or lagi tebal daripada orang lain. HAHAHA. Nampak sangat perangai nak bersaing dengan orang tu wujud dalam diri. Bukan pasal nak rasa kita lagi better daripada orang lain, tapi nak memastikan aku boleh bersaing dengan baik dengan member-member aku yang hebat-hebat. 

Bila kita utamanakan timbang kati, korang paham-paham ajelah, fizikal pun terseksa nak kena stay up-late. Aku mula korbankan masa untuk berjimba dengan member-member semata-mata untuk siapkan tugasan, pembentangan dengan kadar yang segera dan sempurna. Sebab tu ada orang kata aku ni minah nerd, serius dan tak reti nak chill.

Aku ada satu mentaliti, kalau aku buat tak cukup bagus atau tidak cukup tebal seperti member-member lain, mula la aku rasa risay dan naluri dalam hati ada terdetik, "mesti ada member akan cop aku pemalas lepas ni." 

Yes, persepsi orang memang menjadi concern aku yang utama padahal takde pun member kita fikir tentang diri kita macam tu. Kalau pensyarah tu memang ada, terutamanya yang perangai spesis timbang kati punya manusia. Bukan kira nak tengok kualiti dan isi dalaman tu. Itu lah punca yang akan menyebabkan aku TERLEBIH bimbang. 

Disebabkan sikap aku yang ter-OVER perfectionist, aku antara muka manusia yang sering hantar assignment yang terakhir. Pensyarah pun dah boleh agak dan cam muka aku. Tak kisah la pensyarah nak kata apa, at least aku masih hantar dalam tarikh yang dia tetapkan. Like I care sangat apa yang dia nak fikir. Actually, memang aku concern apa dia fikir, cuma terpaksa mempositifkan diri sendiri bila berhadapan dengan situasi tu. Huwaaaa.



Actually, perfectionist ni bukan sesuatu yang sihat. Kadang-kala kita perlu letakkan limit kita. Tidak salah kita buat yang terbaik, tapi sehingga kita lupa akan kesejahteraan diri hingga nak capai tahap sempurna tu bukanlah sesuatu yang bagus dan sihat. Contohnya, bab belajar pun aku akan cuba buat yang terbaik sampai rasa bimbang nak tidur malam setiap sem pada musim peperiksaan. 

Disebabkan aku nak dapat result yang baik, aku memang berusaha untuk belajar sampai pagi. Pagi tu aku tidur around 3 hours, kemudian sambung belajar semula. Itu bukan cara belajar yang sihat. Tapi disebabkan  aku rasa risau akan keputusan exam, aku berterusan buat benda tu setiap semester. 

Sehinggalah semester yang terakhir, aku jatuh sakit, demam teruk sampai tak boleh bangun dan masa tu memang tidak boleh belajar langsung. Masa tu, aku cuma mampu tanamkan rasa redha 100% pada Allah. Setiap kali solat aku berdoa je, bagi lulus pun dah kira bersyukur. Usaha tetap usaha, buku masih ada di tangan, cuma belajar setakat mana badan aku mampu bertahan. Selebihnya kau tidur je di atas katil.

Korang nak tahu tak keputusan exam semester akhir tu? Tak sangka aku dapat A dalam paper tu. Kadang-kala kita tidak sedar, rezeki tu datang dari Allah. Nak perfect sangat sampai lupa tuhan pun,  rasa usaha 100% pada diri sendiri tu yang penting, memang akan buat jiwa kita tidak tenang. Usaha tu memang perlu nak berjaya, cuma jangan melampau sangat.




Tu belum sentuh bab perhubungan, aku rasalah dalam perhubungan pun aku ada bersikap nak semua nampak sempurna. If things tak mencapai standard yang mana aku nak, I always withdrawn from that relationship. Before undur diri tu, memang aku ada letak satu garis panduan tentang perkara yang aku tidak suka kepada ex-pasangan.

Tapi bila aku fikir balik, mana ada manusia yang sempurna. Dalam hubungan ni mesti ada give and take, ada sikap beralah dalam perhubungan so that perhubungan tu boleh diteruskan sampailah ke jinjang pelamin. Seperti biasa, disebabkan aku tak cukup matang, perhubungan tu always mati di tengah jalan. Belum sempat buat apa-apa, dah kecundang masuk gaung, Hahaha.

Okay aku rasa sampai sini sajalah aku sembang pasal OCD. Banyak lagi nak share, tapi cukupkan sampai sini. Bukan apa, kerja menggunung sedang menanti. 

Nak buat RPH untuk esok. Sekian sahaja dari aku, wassalam.



August 2, 2015

Sampai Bila?



Susah bila kita menyentuh soal hati, kan?

Bila dah jumpa seseorang yang kita berkenan di mata dan hati kita, belum tentu orang yang kita suka mempunyai perasaan yang sama terhadap kita.

Bila berjumpa seseorang yang berkenan di hati, si dia pun berkenan di hati, pasti akan hadir masalah seperti ketidakserasian antara keduanya. 

Bila hadir pula insan yang tidak kena dalam hati kita, sedangkan dia memenuhi tuntutan kehendak seperti mana yang kita mahukan, hati pula tidak terpanggil untuk proses penerimaan.

Tambah bila mana kesan luka patah hati yang lepas masih belum pulih, maka langkah untuk bergerak ke depan sama ada kaku atau teragak-agak untuk melangkah.

Persoalan sekarang ini, sampai bila?

Kesan luka lama yang masih belum sembuh, malah hanya bertambah-tambah dalam hati, hanya membuatkan hati semakin jauh untuk memikir soal jodoh mahupun mempunyai perasaan kepada sesiapa. Apabila melihat rakan mereka bahagia bersama pasangan masing-masing, mereka hanya menumpang gembira dan mendoakan kebahagian rakan mereka - bukan untuk diri mereka.

Bukan kerana tidak mahu, cuma hati menjadi tawar, Melihat mana-mana insan untuk dijadikan pasangan jauh sekali dalam sudut hati mereka. Yang tinggal dalam hati hanya kekecewaan dan kesedihan yang memudaratkan jiwa mereka, Hati yang merintih dan terseksa hanya Allah sahaja yang mengetahui,

Maka siapa yang menjadi mangsa?

Insan yang menaruh hati kepada mereka yang pasti akan makan hati - makan hati kerana masih ada harapan dalam hatinya. Makan hati kerana dia mahu tetap terus menunggu.

Persoalan, sampai bila?

Sampai si pujangga membuka hati kepadanya?

Bagaimana jika bukan itu yang menanti? 

Bagaimana pula jika hatinya terbuka kepada orang lain?

Jadi, berapa kali si penunggu mahu makan hati?

Sampai bila ia akan berterusan?

Sampai bila?

July 19, 2015

Geram. GERAM.

I'm stress - stressed over people yang over gila and never try to understand me.

Sampai satu tahap rasa malas sangat nak mengadap manusia macam ni. I want to run away, fly as far as I can. Sebab dah tak larat nak makan dengan sikap manusia yang serius macam punah ranah.

I know, I'm not supposed to use that language, but at one point aku serius rasa marah dan geram. Everytime aku nak cakap sesuatu, people uses my weak point as for being emotional, as a point of don't want to talk to me. They try to run away.

Yes, I admit, I am emotional and have a really really have a big temper. Its because I can't stand anymore with their shits that they gave to me. Dulu aku diam je, senyap je. Iyelah, jarang balik rumah. Dulu sibuk belajar, mana nak balik. Tapi bila dapat tempat kerja di tempat sendiri, entah macam mana, sekarang ni aku serius dah tak tahan.

At one point kau rasa duduk di hutan tu lagi seronok daripada duduk di rumah.Serabut sangat nak melayan sikap orang yang acuh tak acuh. Its not that you want to point out their weaknesses, its just that people tend to blame me bila benda tu tak ikut seperti mana yang diorang nak. Kejadah?

Rumah ni kita duduk sama-sama. Kau jarang balik sebab kau sibuk dengan urusan luar yang lebih penting daripada keluarga sendiri. Aku pula balik rumah pun Sabtu dan Ahad je, balik rumah pun sebab nak guna internet buat kerja, tolong mak mana yang patut. Mana ada masa nak mengemas rumah over the top, termasuklah kadang-kala bilik air tu terbabas la jugak.

So, kalau dah rasa bilik air tu kotor, kau basuh aje la. And sampai sekarang kau masih bising pasal bilik air yang kotor to prove that I'm not doing my job at home? Apa kata kau ambil sabun, berus terus je cuci jangan banyak cakap, boleh? Alaa, yang macam mana aku biasa buat kalau kau tak reti nak mengemas barang sendiri.

And bila kau nampak bilik air tuu kotor, kau bukan nak tolong basuh, kau terus je lari pergi bilik air lain guna yang bersih. Yang aku tak paham, kenapa kau tak basuh je? Tak kisah la kau guna or tak, jangan banyak cakap, basuh je. Sebab masa kau tak tahan sakit perut rasa nak berak, bilik air tu jugak kau tibai, kan? Dah tu, kenapa salahkan aku kalau bilik air kotor? Padahal ramai je lagi yang guna bilik air dekat rumah tu. Hadoii. Then, kau bagi alasan, "aku tak guna bilik air tu, so buat apa aku basuh?"

What the fish?

Brader, selama ni, kau buat menyemak rumah, aku mengemas setiap satu barang yang semakkan macam tongkang pecah tuu, pernah aku cakap, "ni bukan barang aku and aku tak pakai pun barang ni, so buat apa aku kemas?" Pernah ke aku cakap macam tu? Allah, hanya Allah sajalah aku rasa macam mana dengan perasaan ni. 

Then, salahkan kelemahan aku to avoid from talking about their ignorant. People point out your weaknesses to run away from communication. Padahal if cakap baik-baik pun perangai macam tu gak. Ignorant tetap ignorant. 

Fine. Aku baru sahaja bergaduh pasal bilik air dengan manusia. Serius, benda macam ni tak patut dibuat gaduh pun at the first place. Bangang abadi je rasa bila aku up benda ni dalam blog. Benda ni sebenarnya salah satu keadaan yang aku tak puas hati dengan orang, padahal hakikatnya banyak lagi perkara yang buat aku naik bengang. Cukuplah aku bukak satu cerita. 

Tapi serius bro, aku rasa better write it down daripada aku maki depan-depan sebab bila aku maki je, semua orang salahkan aku balik. At the end aku jugak yang lagiiii sedihh dan makan hati. Maybe its better jadikan blog aku ni tempat luah rasa daripada luah dekat manusia yang at one point lagi sakit hati.

Thats all for today. Wassalam.

June 5, 2015

Patah Hati




Aku merenung ke luar jendela. Mengenang saki-baki setiap kenangan aku bersama dia. Memikirkan apakah pengakhiran yang bakal aku hadapi dalam masa 10 tahun. Aku masih bernafas dalam realiti, bahawa aku sudah tiada apa-apa lagi hubungan dengan si dia. Sudah hampir sebulan kami tidak bertegur sapa. Setiap bait kata perbualan dan perbincangan bersama aku dengan dia masih terpalit dalam ingatan. Perkara yang pahit itu masih berlegar-legar dalam minda tanpa mengenal erti penat dan lelah. 

Perbincangan malam itu tidak berlaku dalam keadaan tegang. Masing-masing melontarkan pandangan mengenai hubungan aku dengan si dia yang hampir menjangkau setahun. Hubungan yang telah dibina diberhentikan atas dasar ianya  bukan sesuatu yang manis untuk diteruskan. Dosa dan pahala dan halal haram diperbincangkan.

Aku masih ingat lagi akan perbincangan aku bersama dengannya. Kami tidak membincangkan perkara ini secara bersemuka, cuma sekadar mengirimkan pesanan sms. Pada hari itu, dia menyatakan hasratnya hendak mengurangkan perbualan antara aku dengannya. Katanya, apa yang aku dan dia lakukan sepanjang hubungan tersebut, seperti menghantar pesanan ringkas, berbual menerusi telefon - merupakan sesuatu yang salah. Dia mahu kami menjadi kawan.  

Cuma pada ketika itu, aku berasa sangat terkilan dengan perbualan itu. Hal ini kerana aku pernah bersuara tentang perhubungan aku dengannya dari segi agama, "Tidakkah awak sedar perkara yang kita lakukan ini salah?", namun jawapan daripanya ringkas sahaja, "Habis, awak hendak buat apa sekarang ini?". Pertikaian tentang hubungan ini telah lama aku bangkitkan sejak beberapa bulan yang lepas. Tapi mengapa sekarang ianya dibangkitkan kembali?

Hati terasa hendak luruh dan meletup. Marah, kecewa dan sedih bermain dalam hati. Aku terkilan dan keliru dengan keadaan tersebut. Apakah aku yang bersalah? Mungkinkah kerana sikap aku yang panas baran dan mudah melatah menjadikan dia mula mengambil alternatif "mencipta alasan" agar aku dengannya berhenti daripada sebarang hubungan? Atau sememangnya hatinya telah terpanggil untuk kembali kepadaNya? 

Aku mengambil masa untuk berfikir apa yang perlu aku katakan kepadanya. Aku berfikir secara baik, hidayah telah kembali kepadanya, detik hatiku sendiri. Aku sendiri mengambil keputusan untuk berhenti daripada hubungan tersebut. Aku fikir, jika benar dia mahu menghentikan sesuatu yang tidak baik, maka berhentilah secara terus, Jika sekadar mengurangkan kuantiti berhubung, tetapi masih ada hubungan, bukankah masih sama? Demi kebaikkan dia, aku mengambil keputusan itu, dan dia seolah-olah setuju dengan keputusan yang telah aku putuskan.

Walaupun perbualan tersebut telah berlalu hampir sebulan, namun aku masih diselubungi dengan perasaan sedih dan putus asa. Berapa banyak air mata yang telahku kesat pun aku tidak pasti. Sepanjang kegagalan dalam hubungan itu, setiap malam aku tidur dalam linangan air mata sehingga pada satu tahap, aku sudah letih dan lemah untuk menangis lagi. Aku masih cuba meyakinkan diri untuk redha dengan ketentuan kerana Dia lebih tahu. 

Aku tidak pasti, masih adakah ruang dalam hati ini untuk membiarkan orang lain memasuki kerana aku sudah mula merasakan lelah penatnya patah hati secara bertubi-tubi. Ya, aku penat. Aku sudah tidak sanggup membuka hati kepada orang lain kerana aku penat untuk merasai kesakitan hati ini secara berterusan. I think I just want to give up on love thing. Thats all.


May 7, 2015

PENGALAMAN SEBAGAI GURU PEDALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku tidak meng-update sebarang cerita dalam blog sunyi ini. Alah, blog budak poyo dan bosan macam ini siapalah yang nak baca. Banyak lagi blog best-best yang kalian boleh baca, kan? Actually, aku tidak kisah pun sama ada orang nak baca atau tidak. Aku lagi suka kalau orang tak menyinggah atau membaca penulisan mengarut aku ni. 

Alhamdulillah, sudah mencecah 3 bulan aku menjadi seorang guru. Banyak perkara yang aku ingin kongsikan kepada kalian tetapi mungkin sekadar berkongsi perkara yang aku ingin kongsikan. Pengalaman mengajar orang asli di sini banyak mengajar aku tentang budaya yang berbeza daripada aku - kehidupan mereka, cara berfikir, penggunaan bahasa dan sebagainya. Mereka tidak seperti kita, manusia yang sibuk mengejar kebendaan dan kenikmatan dunia kerana mereka 'percaya' akan dunia mereka.

Aku perhatikan mereka, anak muridku, rata-rata orang susah dan miskin. Sebagai seorang guru kelas, hampir semua tergolong dalam kategori 'Miskin Tegar'. Pendapatan tidak menjangkau sehingga RM500 sebulan dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan seperti bantuan KWAMP untuk membantu mereka.

Walaupun keadaan mereka dalam keadaan yang susah dan miskin, seperkara lagi yang membuatkan aku sebagai seorang pendidik agak terkilan apabila mereka memandang pelajaran itu sebagai sesuatu yang tidak penting. Mereka tiada keinginan untuk berjuang mengubah kehidupan mereka daripada keadaan yang susah kepada senang. Mereka tidak nampak fungsi pelajaran kepada diri mereka.

Kebanyakkan murid-murid di sana tiada keinginan untuk meneruskan belajar. Hanya segelintir yang mempunyai kesedaran untuk meneruskan belajar sehingga ke peringkat menengah. Tetapi kebanyakkan daripada mereka tidak habis belajar sehingga tamat tingkatan 5 kerana tiada wang yang mencukupi bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Namun begitu, bukan semuanya berfikiran "tidak memandang pelajaran sesuatu yang tidak penting" kerana terdapat dalam kalangan mereka sudah pergi ke peringkat tinggi cuma mereka tidak tahu cara untuk mengembangkan potensi mereka. Kekurangan informasi, ditambah arus modenisasi yang lebih banyak menyalurkan maklumat mahupun pendaftaran ke universiti menggunakan internet, in which sesuatu yang mustahil bagi mereka kerana tidak memiliki komputer mahupun internet. 

Bukan apalah, jika internet wireless di sekolah sendiri pun bergerak seperti siput yang penat kesemputan, so what makes you think they can use komputer, here in this school? Pointless. Mustahil, serius mustahil untuk sesiapa untuk menggunakan inetrnet di sana ( Wassap kadang-kala sahaja yang boleh masuk, but mostly memang habuk tarak).

So sampai sini sajalah coretan penulisan aku tentang pengalaman mengajar di sini. Maaf sekiranya penulisan ini ringkas, kerana aku suka berkongsi sedikit demi sedikit. Bukan kuantitinya, tetapi isinya yang perlu diambil kira. 

Sekian dan wassalam.

January 31, 2015

SK Pos Legap, Here I Come!

Dengan lafaz bismillah.

Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapat penempatan di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Allah akhirnya berjaya mengabulkan doa kedua ibu bapaku untuk mendapat penempatan di dalam negeri kelahiran aku sendiri. Semasa belum dimaklumkan daerah, sekadar nama negeri, aku berasa agak berdukacita buat sementara kerana memang tersimpan hajat hati ingin pergi ke negeri orang  di seberang laut, terutamanya ingin merasa kawasan pendalaman.

Aku telah bertekad untuk pergi ke Sarawak, dan telah meletakkan pilihan tersebut dalam borang penempatan sebagai pilihan kedua. Walau bagaimanapun, doa ibu dan bapa, Allah sentiasa makbulkan. Namun aku redha, kerana percaya ketentuan Allah yang Dia telah tuliskan untuk aku. Siapa aku untuk mempersoalkan? Aku sekadar hamba-Nya hang terlalu hina.

Allah itu Maha Adil lagi Penyayang. Allah menyusun dan mengatur dengan penuh hikmah. Walaupun tidak berjaya pergi ke Sarawak, aku masih berpeluang untuk merasa di tempat pedalaman. Sebelum diumukan dan menerima surat penempatan sekolah, hati kecilku berbisik, aku bakal ditempatkan di sebuah kawasan pendalaman. Alhamdulillah, Allah bukan sahaja memakbulkan impian ibu dan abah, tapi Allah juga memakbulkan doa dan impian aku.

Aku bakal ditempatkan di sebuah Sekolah Kebangsaan Pos Legap, Lasah, Sungai Siput Utara, Perak. Siapa tahu pengalaman dan cabaran apa yang bakal aku tempuhi apabila berada di sana nanti? Tiada siapa tahu, melainkan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Allah memakbulkan doaku, kerana Dia tahu aku mampu menghadapi keadaan tersebut. 

Sedikit pun tidak aku rasa gentar akan cabaran itu. Buat sementara ini, aku cuma risau pasal barang sahaja, bagaimana nak mengangkut barang aku yang agak banyak? Mungkin aku perlu mula berfikir barang yang betul-betul penting sahaja untuk dibawa ke sana, kerana jika barang tidak cukup, aku masih boleh berulang alik ke bandar Kuala Kangsar. Jika aku ditempatkan di Sarawak mahupun Sabah, memang boleh naya kalau barang penting terlupa untuk dibawa.

Ada juga aku merajinkan diri surfing internet untuk google gambar-gambar bagi mempersiapkan mental dan fizikal. Aku cuba untuk google beberapa gambar yang berkaitan dengan sekolah yang bakal aku laporkan diri pada hari isnin ini, seperti keadaan jalan ke sekolah tersebut. Antara gambar yang aku telah terjumpa adalah seperti di bawah :






Yes, these picture makes me think lots of things, kesedaran bahawa bukan mudah untuk menjadi guru. Aku mendapat satu cerita daripada seorang rakan bahawa terdapat beberapa guru lelaki sanggup berulang dari rumah untuk mengajar ke pendalaman setiap hari. I can't imagine those teachers yang hadapi benda ni sekiranya berlaku hari hujan, bayangkan kalau kenderaan yang dipandu terselit dalam selut tanah merah tuu....

DAN......

Aku harus sentiasa bersyukur kepada Allah, sekurang-kurangnya aku tidak ditempatkan di kawasan yang lebih dalam dan jauh, yang mana ada lagi yang lebih susah daripada aku. Nasib baik juga sekolah aku tu bukan antara yang paling dalam dan jauh. Cukuplah sekadar berpeluang untuk merasa pedalaman (P1), bukan P2 mahupun P3 yang lebih dalam dan jauh perjalanannya. At least, kata orang, masih di semenanjung dan masih boleh lagi beruang-alik ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan ibu dan abah setiap hujung minggu. 

So, Alhamdulillah. :)

January 21, 2015

Romantik? Bukan Itu Yang Aku Cari.


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap kalian sihat-sihat belaka. 

Sebenarnya, aku ni memang banyak idea nak menulis, tetapi yang menjadi masalah apabila aku tiada langsung mood nak menulis. Mood sedang mengawal keadaan aku agar terus jadi malas, malas dan pemalas tahap apa pun aku tidak pasti. Yang pasti, aku jadi semakin malas. 

Okay, hari ni aku hendak menulis topik yang ringan-ringan saja. Malas hendak menulis topik yang berat-berat. Serabut kepala bila terlalu banyak berfikir, sampai satu tahap terlalu terbawa-bawa dengan idealogi pemikiran sendiri hingga lupa realiti. Mengarut sudah.

Topik penulisan aku pada hari ini ialah perihal lelaki romantik. Kalau sebut tentang lelaki atau jejaka yang romantik ni, biasanya perempuan akan terfikir pasal sajak-sajak atau kata-kata puitis perihal cinta daripada si dia, si dia yang memberi bunga ros kepada kekasih hatinya, pemberian hadiah daripada si dia, lelaki yang pandai mendengar, memahami  dan sebagainya. 

Aku tidak pasti bagaimana kebanyakkan perempuan meletakkan satu persepsi atau pandangan peribadi mereka terhadap karakteristik lelaki romantik itu sendiri. Hal ini kerana, setiap wanita ada kehendak dan keinginan yang berbeza. Manusia bukan semuanya sama, setiap daripada kita adalah menusia yang unik. Maka meletakkan satu generalisasi semua wanita mempunyai kehendak atau pandangan yang sama tentang lelaki romantis ini sama sekali tidak benar.

Topik kali ini aku hendak menceritakan sesuatu berdasarkan kehendak dan pandangan peribadi aku. Macam mana hendak mengatur setiap bait kata dalam satu urutan yang senang untuk difahami ya?

Okay, beginilah, sebenarnya aku rasa janggal gila bila ada lelaki yang romantik. Feels weird all the time when they starts using ayat-ayat yang puitis dan berbunga-bunga seperti william shakespeare, atau sejambak bunga ros atau sekuntum bunga ros daripada peminat misteri dan sebagainya - It seems weird for me. Awkward. Most of the time when that things happen.


Nak kata tidak suka pun, tak juga. I really appreciate apa yang dibuat oleh si dia. Boleh nampak la, bila ada tindakan-tindakan yang mewujudkan suasana romantis ini, kita boleh nampak kesungguhan si dia. Apa yang buatkan aku gembira bukanlah suasana romantis yang dia cipta, tetapi kesungguhan dia. Yes, kesungguhan si dia.

Aku ni bukanlah demand ayat-ayat manis daripada si dia. Most of the time, I want to know him, what he feels, what he thinks and when he's with me - in honest way; not something that he made it up just to impresse me. Bukan itu yang aku cari, but what I seek from him is honesty. Beautiful words yang buatkan aku hendak dengar daripada lelaki, bukan pujian secara fizikal semata-mata, tapi termasuklah sesuatu yang berada dalam diri aku.

Sebagai contoh adalah seperti berikut :

"you're the most amazing woman I ever have.You're not just smart and funny, but you're  also a kind-hearted person."

Beb, aku yakinlah, mana-mana perempuan kalau dengar ayat macam ni daripada someone special, mau teriak tiga hati tiga malam secara berturut-turut. Sebak dan terharu beb. Aku pun boleh rasa terharu bila ada someone yang sangat special dalam hidup aku kata macam tu, seolah-olah akulah wanita yang istimewa dalam hidup si dia.

Bagi pandangan peribadi dan kehendak aku sendiri, aku memang perlukan seseorang yang mampu membuatkan aku rasa istimewa dan makes me automatically love myself even more. Manusia mana yang tidak mahu dirinya rasa istimewa dan dihargai kan? Kalau boleh, kata-kata yang dilafazkan itu sesuatu yang jujur, memang asal daripada benar pemikiran dia yang wujud hasil daripada apa yang dia perhatikan tentang diri kita.

Kadang-kala, lelaki tidak sedar, sekecil-kecil perkara yang mereka lakukan seperti mengingati tarikh istimewa dalam hidup kita, atau mengatakan pujian seperti, “I’m glad that I’m being with you,” mampu memberikan satu impak yang sangat besar kepada diri seseorang manusia yang bergelar hawa. 

I don't need another William Shakespeare in my life, I just want him for himself and his honestly. That all that matters for me right now.

Sekian dan wassalam.



January 7, 2015

Antara Menutup Aurat Atau Seksi, Mana Lebih Baik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini seronok juga aku membaca beberapa penulisan daripada blog-blog orang. Sedap-sedap mata meliar dan membaca blog orang, tiba-tiba aku tersinggah satu blog ini, mengutarakan rasa tidak puas hati terhadap lelaki skema atau 'nerd'. Dalam penulisan dia tu, akak tu rasa tidak puas hati dengan menyatakan rata-rata lelaki baik cuba ambil kesempatan ke atas dia dan melabelkan lelaki nerd ni bukan semua jenis lelaki baik. 


Entri budak ni tulis dah lama sangat, beberapa tahun lepas. Cuma entah kenapa nak tulis sesuatu yang terbuku dalam benak otak ni, sebab nak menulis sesuatu yang aku sangat tak setuju dengan kenyataan yang dia lemparkan pada orang lain tanpa nak muhasabah dirinya terlebih dulu. 

Berdasarkan cerita akak tu, aku takkan salahkan lelaki nerd tu 100%. Sebab kalau fikir logik yang pertama, mana-mana lelaki pun, sukar nak elakkan diri mereka daripada berfikir benda-benda yang tak senonoh. I hate to say, BUT itu fitrah lelaki yang memang tertarik pada perempuan, especially figura mereka. Ehem ehem.

Tambah-tambah lagi bila kita dibesarkan dalam generasi Y, terlalu banyak sangat exploitasi benda-benda macam porn, dengan ramai pula perempuan di luar sana begitu bangga menayangkan tubuh badan yang begitu cantik dengan pakaian yang begitu mengghairahkan, so these guys tend to have the raging lust within themselves.

So faham-faham sajalah, when she starts to touch him or macam tampar-tampar anak pada lelaki tu, mana-mana lelaki yang tidak biasa buat atau ada background yang tidak pernah bertepuk tampar dengan perempuan yang bukan mahramnya, sudah pasti iman dia akan mudah tergugat. Alaaa, macam rusa masuk kampung, excited dia terlebih sikit. Tambah bila ada awek comel lagi seksi sentuh dia, mesti dia rasa syok.

Sebab itulah Allah sudah berfirman dalam alquran, agar menutup aurat dan jangan mendekati zina. Zina ni tak semestinya buat projek dalam belukar tu, tapi ianya juga menyentuh tentang batas-batas pergaulan kita antara lelaki dan perempuan. Bukan senang-senang sahaja kita nak keluar dengan lelaki yang bukan mahram kita, sebab kita sendiri pun tidak boleh predict apa yang akan berlaku. Bila dah jadi macam itu, starts to blame ourself, sebab kita yang bertanggung jawab bagi setiap tingkah laku kita. Because it's our choice.

If she's comparing a nerd with a playboy, she's really have an issue right there. Kamonlah, semua orang sangat aware that playboys know how to handle the girls sebab kehidupan lelaki playboy ni memang tidak lekang daripada mana-mana perempuan. So sudah tentulah diorang sudah biasa dengan perempuan, and tentulah they can handle their pervert side dengan begitu baik sekali. Berbeza pula dengan lelaki nerd or alim yang tidak biasa dengan perempuan. 

Okay, just forget pasal entri akak tu kejap. Sebenarnya, aku nak berfokus pada beberapa statement dan komen yang dilemparkan dan dikongsikan dalam entri tersebut oleh pembaca-pembaca tegar blog terfaktab. Ada di antara mereka menyentuh soal aurat dan dikaitkan pula dengan baik atau jahat.

Apa-apa pun  sebelum kita tuding jari pada orang lain, muhasabah diri dan mula tuding jari pada diri sendiri. Bukan nak tuding salah di sini, cuma perlu ada kesedaran so that ALL of us will have a better life dan kita sama-sama berusaha untuk jadi lebih baik. Bila aku tulis benda ini, aku tuju juga pada diri aku sebagai peringatan. Sebab aku pun manusia, kau pun manusia, kita semua manusia.

Kita semua buat silap. Tapi silap tu jangan dibiar lama-lama sebab khuatir tidak sempat bertaubat, naya juga kita dalam kubur nanti. Tambahan lagi, kan best kalau kita sama-sama boleh masuk syurga? Marilah kita mengimarahkan syurga secara beramai-ramai.

Bagi pandangan aku, kalau kita rasa diri kita tidak sempurna dari aspek akhlak, cubalah berubah. Please don't try to deny by saying :

"Ala, kau pakai tudung pun belum tentu baik atau masuk syurga."

First of all, babe syurga tu milik Allah. Sesiapa pun tak boleh angkuh kata :

 "saya pasti akan ke syurga!" 

Sebab kita tidak pasti. Aku pun tidak pasti apa dan di mana pengakhiran aku. Mungkin di dunia kita banyak beribadat, tapi tiba-tiba dalam diam ada sikit rasa riak dalam diri. Sudah, bila dah ada riak tu, tambah-tambah bila kita tidak sedar, sukar untuk merasai nikmat syurga itu. Terlalu banyak dugaan dalam mengejar nikmat syurga sebenarnya. Kita perlu sentiasa bersabar dan jangan mudah putus harapan daripada mendapat rahmatnya. 

Mana-mana manusia yang masuk syurga ni pun atas kasih sayang Allah. Itu hak Dia. Cakap pasal tutup aurat, solat or anything yang kau buat silap dengan Allah tu, kita sembang pasal hak Dia yang kita tak buat. Let me tell you again, HAK ALLAH yang kau tak bertanggungjawab untuk memenuhi.

Soal aurat ni bukan kira kita baik atau jahat, itu kira KEWAJIBAN kita memenuhi HAK Allah, iaitu hak yang kita kena jaga. Kena ingat, setiap nyawa yang dia kurniakan untuk hidup, nikmat kita dapat bernafas, nikmat ada kesihatan yang baik – semua Dia bagi tanpa minta apa-apa.

Sebaliknya, Dia minta kita memenuhi hak dia atas kebaikkan kita juga. Allah pencipta kita, setiap suruhan dia sudah pasti ada hikmahnya. Allah tahu banyak perkara yang tidak baik  berlaku kesan daripada hasil tidak menutup aurat. I’ve seen too many videos perbezaan wanita yang menutup badannya sepenuhnya dengan wanita yang berpakaian seksi. Responnya sangat berbeza daripada disekelilingnya – terutamnya lelaki yang kurang baik.  Wanita yang menghormati harga dirinya, sudah pasti akan dihormati oleh orang lain. Girls, respect yourself first before you want other guys respect you.  

So, kenapa berdegil? Nak tahu kenapa berdegil tak nak tutup aurat?  Senang sahaja, kita angkuh dan kita tidak takut dengan Dia. Macam mana umat-umat terdahulu hancur hanya kerana angkuh – macam itulah kita sekarang. Kerana kita angkuh, kita buat dosa, zalimi diri sendiri. Kerana kita angkuh, kita tinggal solat. That’s all the point. YES, ANGKUH. Kita semua angkuh - aku, kau dan kita semua yang masih leka dalam melakukan dosa.

Kita angkuh dengan Allah, kita TIDAK ada sikit pun rasa takut pada dia. Kalau betul-betul kita ni tiada rasa angkuh dalam diri, sudah pasti kita akan berfikir dua hingga tiga kali untuk berbuat dosa. Takut kerana Dia melihat dan Dia tahu apa yang tersembunyi dalam hati kita.

That’s the reason some people kadang-kala ikut  dia kejap-kejap nak pakai tudung, kemudian buka semula. I’m not saying she’s bad, because maybe she is good. Tapi jika benar hati seseorang hamba itu baik dan ada pada Allah, sudah pasti jika dia terdetik hendak berbuat dosa, apatah lagi tidak memenuhi hak Allah itu – akan ada perasaan sebersalah yang mendiami jiwa dia. PASTI.

And I’m not going to say that perempuan yang menutup aurat dengan sempurna tidak terlepas daripada buat dosa dan melakukan kesilapan. Like I just said before, none of us is perfect. Perempuan yang telah menutup aurat dengan sempurna pula ada juga silapnya. Yes, dia mungkin memenuhi hak kewajiban menutup aurat, but kewajipan lain dia tidak penuhi.

Tambah dunia zaman sekarang, even perempuan berhijab pun masih melakukan maksiat. Ada juga yang berpakaian baik-baik, tertutup auratnya seperti seorang ustazah, but still doing the ‘zina’ thing. Di sini, masalahnya dia memenuhi hak Dia dalam menutup aurat, tapi dia tidak memenuhi hak Dia dalam penjagaan ikhtilat.

Bagaimana pula dengan manusia yang kedua-duanya dijaga dengan baik – aurat dan ikhtilat, tapi mulutnya pula yang macam puaka? Yes, someone pernah tanya soalan macam ini pada aku. Okay, orang seperti ini pula Allah duga dia dengan hati dia – the way she felt and think about the sinners.

Kalau Allah melihat semua hamba Dia penuh dengan kasih sayang, siapa kita yang hanya sebagai seorang hamba, melihat orang lain, yang pendosa terutamanya, dengan penuh rasa benci dan jelik? Siapa kita? Kita ni hanya seorang hamba, sepatutnya ada rasa malu dalam diri bila mana senang-senang sahaja untuk membenci atau berasa jelik dengan orang yang lebih jahil. Kena sedar, ilmu itu Allah bagi bukan nak tunjuk kita lebih baik daripada sesiapa, tetapi bertujuan untuk memperbaiki mana yang kurang. So, please start to hate the sin, not the sinner. 

Don’t you see? None of us is perfect and none of us should judge anyone, kerana setiap daripada kita diberi dugaan dan cubaan yang berbeza. Allah itu adil, SEMUA orang ada bahagian baik dan jahat dia. Cuma bahagian tidak berapa baik tu kita kawal dengan iman kita. So layan semua orang dengan penuh kasih sayang walaupun dia mungkin jauh dan jahil tentang tuhannya, di samping mendoakan mereka agar kembalikan hati mereka semula kepada Allah.

So please people, after this stop la berdebat pasal perempuan menutup aurat versus perempuan seksi mana satu lebih baik. Serius, aku rasa macam tiada faedah, dan hanya satu perdebatan yang bertujuan untuk mengelirukan orang daripada nak buat sesuatu yang baik. Ingat, syaitan is REALLY GOOD dalam menghasut manusia. Cuma pilihan sekarang ada pada diri sendiri untuk menafikan atau mengiyakan kesilapan kita.

Mengiyakan tanpa ada usaha itu seperti hangat-hangat tahi ayam, kerana mengetahui kekurangan diri sendiri tanpa melakukan perubahan adalah sesuatu yang tak relevan. Cuba dulu melakukan perubahan, sedikit demi sedikit. Believe in yourself that you could make it. Tidak perlu tunggu hidayah baru nak berubah sebab kalau ada orang dah tegur kita supaya tutup aurat tu pun sebenarnya sudah kira kita dapat hidayah. 

Tidak percaya? Kalau kita mula rasa diri kita serba kekurangan dan merasakan tindakan tidak menutup aurat itu sesuatu perbuatan yang salah hasil daripada teguran orang lain, secara kita tidak sedar Allah cuba mengingati kita agar menjadi lebih baik. Rasa sebersalah hasil teguran daripada orang lain, pada hakikatnya Allah ingin kembalikan kita kepada fitrah asal kita, iaitu kepada Dia. 

 Apa-apa pun, sebelum mengundur diri, aku minta maaf jika kenyataan atau ayat-ayat yang ditulis ada menyakiti sesiapa. Niat di hati tidak terdetik untuk menghukum sesiapa, cuma berharap agar kita semua mampu menjadi hamba-Nya yang lebih baik. InsyaaAllah.

Sekian dan wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...