W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, kekasih, guru di pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

March 26, 2013

Dugaan dan Silaturrahim Sesama Muslim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Allah maha mengetahui segala sesuatu yang telah diberikan kepada hamba-Nya, cuma adakah kita sedar akan hikmah sebalik dugaan yang diberikan oleh-Nya?

Kita sering kali mengeluh setiap kali dugaan mendatang. Ada sahaja kita rasa tak kena, ada sahaja rasa yang tidak betul, seolah-olah menyalahkan perancangan Allah tentang sesuatu.

Dan paling menyedihkan apabila terdapat si fulan yang lemah menyatakan kelemahannya dalam sesuatu sudut luahan rasa, namun para pembaca kebanyakkannya mengambil secara lewa atas rasa yang diluahkan, tanpa sokongan, namun lebih banyak cacian dan makian, apatah lagi hukuman yang dilemparkan kepada si fulan yang lemah.

kenapa tidak berfikir ke arah sudut yang lebih postif wahai manusia?

tidakkah kita sedar, Allah telah merancang sesuatu yang kita sebagai hamba yang lemah dan hina takkan pernah mengerti?




Sebagai individu, Allah telah berfirman kepada hamba-Nya yang telah ditimpa musibah ;

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (2:286)
.................................. 
"...Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..." (2:185)


Kedua-dua firman Allah ini jelas memperlihatkan bahawa kita sebagai hamba-Nya mempunyai kekuatan dalam mengharugi onak dan duri dunia yang mungkin melelahkan namun, disebalik kesukaran yang dilalui ada sebuah singahsana yang indah menanti. Iya, tidak dinafikan, manusia mudah lalai dan mudah rapuh, kerana itulah kita ditimpa musibah. 

Musibah bukan untuk melemahkan kita, sebaliknya musibah adalah satu teguran atau peringatan Allah kepada hamba-Nya agar tidak lalai dan merupakan kunci kekuatan manusia dalam menangani tipu daya dunia. Allah Maha Penyayang, cinta-Nya terhadap kita terlalu besar dan tidak mampu terkira oleh kita sebagai hamba-Nya. 

Allah sedang menguatkan dirimu, wahai teman. Semaki banyak kau diuji, semakin kuat dirimu, tidakkah kau sedar? Jika kau berlapang dada saat diuji, boleh dilihat betapa tingginya imanmu dalam berhadapan dengan ujian yang diberi oleh-Nya. Jangan gusar, jangan gundah, kerana kesukaran yang dihadapi olehmu Allah akan permudahkan segalanya jika kau percaya dan mencari-Nya.



Sebagai kelompok masyarakat pula, jika kamu melihat terdapat seseorang hamba Allah yang lemah, kirimkan sokongan kepadanya. Jika boleh perbetulkan keadaan, cubalah membantu daripada menghina, mengkritik. Usahlah sombong, usahlah merasa jika mereka terlalu jahil kerana melakukan kesalahan, sedangkan mereka hanyalah hamba Allah yang lemah dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Allah telah berfirman;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Hujurat :11)
Jika tidak mampu memberikan sokongan, maka hentikan daripada mengherdik. Tapi muhasabah dirimu semula, apakah nilai persaudaraan sebegitu di sisi agama? menghina, menghukum dan mengherdik? Jika kamu berbuat sebegitu, bukan sahaja berlaku zalim terhadap dirimu, malah tidakkah kamu sedar tindakkan kau bukan sahaja merosakkan imej agama, malah meletakkan posisi agama islam sebagai agama yang tidak mengamalkan keamanan dan kebaikkan?

Mereka yang mempunyai masalah yang menghantui mereka mengalami tekanan, dan tekanan ini menjadikan mereka lemah dari aspek mental dan emosi. Jika kita menambah masalah mereka, keadaan menjadi lebih buruk, dan lebih teruk juga sekiranya ia dapat mempengaruhi individu yang mempunyai masalah untuk melakukan satu tindakkan yang kurang waras. Kita perlu was-was dengan setiap tindakkan.

Hadirnya mereka yang mempunyai masalah dalam sesebuah kelompok bukanlah menandakan mereka satu beban, sebaliknya ianya satu amanah kita selaku umat islam dan hamba Allah dalam memikul tanggungjawab dan amanah dalam menjaga silaturrahim. Tidakkah kau sedar, ketika ada individu yang lemah memerlukan pertolongan, ini adalah peluang kita untuk mendapat kasih sayang Allah. Tapi mengapa kamu tidak mengerti?

Seperti mana firman Allah SWT ;

“Dan bertakwalah kepada Tuhanmu yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An-Nisaa’: 1)

Allah telah memperingatkan kita berkenaan dalam menjaga hubungan silaturrahim dan ukhuwah. Firman-firman Allah yang banyak diperkatakan menerusi semuanya adalah satu bentuk amanah yang perlu dilakukan oleh hamba-Nya. Oleh itu, siapalah kita untuk merengek atau mengeluh tatkala memberikan pertolongan kepada orang lain? Mereka saudara seagama dengan mu, tolonglah mereka dengan nama Allah jika dikau mahu mendapat keberkatan daripada Allah. 

Sekian sahaja daripada saya, terima kasih dan wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...