W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

February 21, 2016

PENGALAMAN DI KAWASAN PEDALAMAN : KATAK MASUK RUMAH #1

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


Hari ni aku nak berkongsi kepada korang mengenai pengalaman aku duduk di kawasan pedalaman yang banyak banyak dan banyak sangat katak. Maklumlah, kawasan hutan kalau tiada katak memang tak sah. Kalau duduk kampung pun katak berleluasa keluar masuk rumah, apatah lagi kalau duduk pedalaman yang ada macam-macam spesis katak yang belum diketahui asal-usulnya.

Setakat ini sepanjang aku duduk sana selama satu tahun, sudah dua pengalaman aku berhadapan dengan katak yang masuk rumah. Korang nak tahu macam mana aku deal dengan katak? Nak tahu?? I scream like HELL. Melompat-lompat tak tentu hala. Nasib tak menangis. I know, jiwa kental sangat, kan? Please jangan puji aku lebih-lebih karang hidung kembang satu inchi jenuh nak kecilkan balik. 


Pengalaman pertama katak masuk rumah ketika aku duduk di rumah kuaters guru. Kisahnya aku tak pasti bagaimana kronologi adanya katak masuk rumah tu sebab aku pasti sangat rumah aku memang tiada apa-apa lubang yang mencurigakan. Bilik yang tiada penghuni biasanya aku bersama housemate aku akan tutup bilik berkenaan. 

Entah macam mana, aku ternampak katak sedang mendiamkan diri di sudut rumah rumah berdekatan dengan bilik air. Aku memerhatikan katak itu dari jauh selama beberapa minit, kemudian dia mula melakukan lompatannya. Pada masa itu, bila nampak katak melompat-lompat terus aku berlari pada housemate aku lagi seorang tu dan memanggil-manggil nama dia.

"Azimah, Azimah!"

Azimah pada ketika ini sedang ralat dalam dunia dia membuat rancangan mengajar untuk esok. Aku pula ketika itu pula on the way nak ke tandas. Bila nampak katak meloncat-loncat dengan girangnya sekitar kawasan tandas dalam rumah tu, aku terus tak jadi nak buat projek, malah terus berus berlari ke arah housemate aku tu. Azimah pula dalam keadaan kebingungan melihat telatah aku macam orang kurang siuman ketika itu akibat ketakutan.

"Kenapa Amy? Kenapa panggil aku?"

"Azimah, ada katak, Aku takut! Aku nak guna tandas, tapi ada katak dekat situu! Tolong la Azimah!"

Azimah dengan lagak gayanya "like a bos" terus bergerak ke tempat kejadian. Kawan aku mengamati betul-betul padat pergerakan si katak yang begitu berani dan tidak endah akan kehadiran kami pada ketika itu. Azimah sudah biasa berhadapan dengan situasi sebegitu kerana dia sudah biasa duduk di rumah neneknya yang sudah banyak kali dimasuki oleh katak. 

Azimah mula menggapai sebatang penyapu dan mengajukan penyapu itu ke arah katak berkenaan. Aku dengan Azimah menjerit dan terpaku seketika melihat kehebatan kata tersebut melompat begitu tinggi hingga melekat pada dinding. Macam biasa, aku yang mempunyai fobia terhadap katak menjerit ketakutan.

"Azimah, katak tu melekat pada dinding! Tu katak apa? Huwaaa"

"Ni special case punya katak, first time jugak aku jumpa katak melekat pada dinding ni"

Housemate aku menggigihkan diri menolak katak yang melekat pada dinding jatuh ke bawah. Namun begitu, usaha Azimah tidak setanding pula dengan kegigihan si katak ini kerana dia lebih menggigihkan dirinya untuk melarikan dirinya daripada kami. Katak tersebut terus berlari dan masuk ke dalam bilik air. Kami buntu seketika. Bagaimana hendak keluarkan katak kalau dia masuk bilik air??

Tindakkan katak hodoh tu memang buat aku 'lost my mind' for a moment dan menyebabkan aku mengambil sebatang mop untuk hentikan pergerakkan katak tersebut. Aku menghentikan pergerakkan katak dengan menekan katak tersebut menggunakan mop sambil memerhatikan sekeliling bilik air untuk melihat mana-mana lubang yang boleh menolak katak itu keluar daripada rumah. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada lubang saliran air.

"Azimah, aku tahan katak, hang bukak lubang air tu."

"Okay, kejap."
Aku dan Azimah segigih-gigihnya menolak katak tersebut ke dalam lubang air. Namun begitu kecekapan katak berkenaan dalam kemahiran lompatan telah menyukarkan proses pembuangan katak ke dalam lubang tersebut. Tolak demi tolakkan sambil menahan pergerakkan katak, akhirnya usaha kami membuahkan hasil. Yes, the victory is ours! 

Setelah berjaya menolak katak berkenaan ke dalam lubang saliran air, aku terus menahan lubang itu dengan baldi besar dengan harapan katak tersebut tidak akan masuk ke dalam rumah lagi. Namun, sangakaan aku meleset jauh sekali. Lagi sekali pada malam itu, aku bercadang untuk pergi ke bilik air untuk mencuci muka.

Elok sahaja aku membuka pintu bilik air, katak yang sama dengan lagak gaya "like a bos" duduk di atas baldi sambil memerhatikan aku dari jauh. Dalam hati aku terdetik, macam manalah katak ini boleh masuk lagi? Aku memerhatikan lubang saliran air yang sudah tidak tertindih lagi dengan baldi. Nampaknya kitorang terpaksa berhadapan dengan situasi yang sama buat kali kedua.

Seperti biasa, disebabkan aku fobia dengan katak, aku mengejutkan housemate aku sejam awal melelapkan mata daripada aku. 

"Azimah, bangun. Azimah, katak masuk rumah lagi. Dia duduk dekat bilik air atas baldi."

"Huh? Dia masuk lagi?"

"Baldi tu dah kalih tempat, katak tu masuk lagi."

"Tadi aku yang kalihkan. Ingatkan katak tu dah takde."

Yup, korang imaginelah sendiri macam mana aku dengan si Azimah berperang dengan katak. Tolak demi tolakan, tahan demi tahanan akhirnya katak tu berjaya dikeluarkan 'for REAL' dan tak masuk-masuk lagi. Kali ini, kitorang tindih saliran air tu sampai la pada keesokkan harinya. 

Pada hari Jumaat aku pulang ke rumah, menceritakan kisah katak yang masuk ke rumah itu kepada abah. Abah dengan begitu sinisnya menempelak aku dengan kata-katanya.

"Aik, kata suka duduk pedalaman? Katak masuk pun menjerit."

"Abah, I never thought about the frogie thing at the first place! Takkan bila dapat tau posting masuk pedalaman kena fikir pasal katak??"

"Biasalah tu katak dalam hutan. Kalau kampung pun rumah boleh masuk katak, ni kan pulak hutan."

I'm speechless for a moment. Apa abah kata tu ada betulnya. Aku je yang terlebih dramatik berhadapan dengan situasi katak tu. Dalam kepala masih terngiang-ngiang spesis apa pula katak yang boleh melompat ke dinding tu? Jadi, aku terus mengajukan soalan tersebut kepada abah yang sudah biasa duduk di kampung sejak kecil lagi.

"Itu katak pisang, yang melompat tinggi dan melekat pada dinding."

Itulah pengalaman pertama aku berhadapan dengan katak masuk rumah. Sebelum ni belum pernah lagi katak masuk rumah aku. Kalau masuk rumah nenek tu biasalah nampak. Tapi the situation will be a lot different nak dibandingkan rumah sendiri dengan rumah nenek kerana jika berada di kampung katak-katak dekat sana sangatlah tak aktif dan duduk diam sahaja, manakala katak dalam hutan pulak mengganas dengan lompatan dan aktif melekat pada dinding. Boleh tenghiak bila ingat katak tuuu. Huwaa.


Gambar katak pisang.

Okay, sampai sini sajalah aku menceritakan mengenai pengalaman berhadapan dengan kata. Ini baru pengalaman pertama. Next post aku akan menceritakan pengalaman kedua katak masuk rumah warden pulak. hahaha.

Sekian terima kasih. 

8 comments:

  1. Hahaha.. tgh google cara nak halau katak melekat ni. Dlm gambar sama. Katak pisang. Adoi. Fobia katak ni org xfaham. Jgn main2 boleh darah tnggi. Boleh melekat kat dinding plak. Pegang penyapu pendek sgt. Lompat ke muka naya je.hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha, scary kan sebab katak ni kalau melompat dah la jauh lps tu melekap dekat muka memang naya. hahaha

      Delete
  2. ok google pasal cara halau katak jumpa post ni. masalah sy skrg katak ni tetiba ada duduk kat besi langsir. tinggi bak hang. pada pengamatan saya mungkin laa katak pisang. kalau tak takdenya tinggi giler dia buleh gi duduk. dari mana dia masuk pun tak tau. yg pasti dah lebih 12 jam dia duk situ jaa tak gerak gi mana. so penyapu mungkin salah satu idea, cuma persoalan saya skrg dia tak melompat ke muka ke ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan supaya dia x lompat ke muka. Kalau dia lompat kena muka, dah nasib badan nak kena. hahah

      Delete
  3. Tak ada ke cara camne nak halau katak pisang ni keluar dari rumah kita selain guna penyapu..

    ReplyDelete
  4. Katak da masuk rumah sy 2x malam ni.. babi punya katak -kata bini saya-

    Dia xboleh tido walaupun penat seharian

    ReplyDelete
  5. adoii bnyk kali dh katak masuk ni 😂

    ReplyDelete
  6. 2024 aku tgh search cara halau katak pisang . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA WEY TLGLAAAA AKU 😭😭😭😭

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)