W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

February 12, 2016

6 TIPS MENJAGA ANAK KUCING YATIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Picture Credit to  XxStormstarxX

Hari ini aku nak berkongsi kepada korang tips PERIBADI daripada aku mengenai penjagaan anak kucing yang baru sahaja beberapa minggu dilahirkan tetapi tiada ibu. Tips yang aku bakal kongsikan ini adalah hasil pemerhatian dan penjagaan kucing selama beberapa minggu sebelum diberikan kepada ibu tumpang. Biasalah, bila komitmen dengan kerja dan tiada siapa yang sudi nak jaga anak kucing tu, aku terpaksa lepaskan kepada orang lain. Sedih sangat, macam beri anak kepada orang lain je. Sobs sobs sobs.

Ilmu aku ni jika nak dibandingkan dengan orang lain adalah sikit sangat sebab aku cuma jaga kucing untuk beberapa minggu dan orang lain sudah menjaga selama bertahun-tahun. Jika penulisan aku mengenai penjagaan anak kucing yang betul ada sedikit kesalahan, mohon berikan pendapat korang dalam ruangan komen di bawah. Sharing is caring, right? muehehe.

Okay, dalam kes aku, kucing yang aku adopt ini dibuang oleh tuannya di belakang rumah aku dalam sebungkus plastik. Keluarga aku mula jumpa anak kucing ni pada waktu pagi, anggaran waktu pada ketika itu adalah sekitar 8.00 pagi lebih kurang macam itulah. Jadi, aku rasa kucing itu mungkin telah dibuang oleh tuannya dalam pukul 7.00 pagi mahupun pukul 7.30 pagi gitu. 

Jadi, bila korang berhadapan situasi macam ini, apa yang korang kena buat?


#1 - PANASKAN BADAN ANAK KUCING


Ini adalah perkara penting yang korang kena buat apabila jumpa anak kucing yang baru lahir. Anak kucing yang baru sahaja lahir dalam beberapa minggu sangat senang untuk mati jika dibiarkan suhu badannya rendah. Jadi korang kena ambil tuala yang kering dan panaskan kucing tersebut. Kalau boleh korang balut anak kucing tu dan dekatkan kepada badan korang supaya dapat memanaskan kembali suhu anak kucing tu. Jika boleh, korang kena pastikan anak kucing dipanaskan selama 3 jam paling kurang untuk mengembalikan suhu normal anak kucing tersebut. 


#2 - BAWA ANAK KUCING KE VETERINA


Ini adalah satu perkara penting yang korang kena buat selepas berjumpa dengan anak kucing dalam keadaan yang kesejukkan. Selepas korang jumpa anak kucing dan panaskan badannya dengan tuala yang tebal dan kering, pastikan korang bawa anak kucing itu berjumpa dengan veterina bagi membuat pemeriksaan lanjut mengenai kesihatan anak kucing tersebut. Aku telah melakukan satu kesalahan utama ini, iaitu aku lambat bawa anak kucing ini berjumpa dengan veterina. Kesannya anak kucing menjadi lemah sangat dan tak mengiau langsung. Jika waktu lapar pun anak kucing aku tak mengiau - tanda badan dia terlalu lemah. Adalah normal jika anak kucing korang mengiau kalau dia lapar. Jika dia tak mengiau, better bawa kucing korang pergi jumpa doktor.


#3 - PEMILIHAN MAKANAN YANG BETUL


Anak kucing yang baru lahir sangat sensitif dan korang kena betul-betul pandai dalam mencari susu yang sangat sesuai dengan usia anak kucing. Sebaiknya, aku sarankan korang belilah susu yang disarankan oleh veterina. Kalau korang beli susu untuk anak kucing di kedai haiwan aka pet shop, belum tentu susu tu sesuai dengan anak kucing korang sebab pet shop owner pun kadang-kala bukanlah tahu menahu sangat mengenai haiwan. 

Apa yang diorang tahu, bisnes diorang berjalan dan ada keuntungan. Pet shop owner bukanlah ambil tahu sangat sama ada kucing korang tu sesuai dengan susu yang diorang jual atau tak. Berdasarkan pengalaman aku yang lepas, aku beli susu anak kucing di kedai veterina tu jugak. Veterina knows whats the best for the kitten.


#4 - PENJAGAAN ANAK KUCING BARU LAHIR


Dalam soal penjagaan dia, korang memang kena teliti tentang habit anak kucing korang, tentang soal keselesaan dia. Anak kucing baru lahir secara fitrahnya sangat memerlukan ibunya untuk membesar dengan baik kerana ibu kucing yang provide suhu dan susu yang sesuai untuk anak-anaknya. Jadi, korang kena pastikan untuk menyediakan suhu yang sesuai dengan anak kucing korang. 

A) LETAKKAN DI DALAM KOTAK

Cara yang aku nak memastikan suhu dalam keadaan panas adalah dengan meletakkan kucing tersebut dalam sebuah kotak yang kecil (tapi tidak terlalu kecil seperti kotak kasut). Aku tidak sarankan korang menggunakan kotak yang besar. Kalau boleh kotak yang dipilih hendaklah bersuaian dengan saiz kucing korang.


B) ALAS KOTAK DENGAN KAIN TUALA YANG TEBAL

Selain daripada itu, aku akan menggunakan tuala atau kain yang tebal dan meletakkan kain tersebut di dalam kotak sebagai alas tempat tidur anak kucing. Aku biasanya melipatkan kain tuala yang besar (yang telah buruk dan tidak digunakan lagi) supaya menjadi lebih tebal. Perkara ini sangat penting untuk dilakukan supaya anak kucing korang tidak terdedah kepada suhu yang sejuk. 


C) KEKALKAN SUHU PANAS PADA WAKTU MALAM

Selain itu, untuk mengekalkan suhu sepanjang malam dalam keadaan yang panas, korang boleh menggunkan beras yang telah dipanaskan di dalam oven. Untuk tips ini, aku memasukkan dua pot beras di dalam stoking. Kemudian stoking terbut diikat dan diletakkan di dalam oven selama 3 minit paling kurang dan maksimum selama 5 minit. Seterusnya, aku akan meletakkan beras panas tu di penghujung kotak. Jika terlalu panas, aku akan letakkan di bawah alas tuala. Kalau korang malas nak buat kerja remeh macam tu, paling senang korang boleh menggunakan botol yang diisi dengan air panas. Biasanya, kalau air yang aku gunakan terlalu panas, aku akan alas botol tu menggunakan kain yang tebal supaya kucing tersebut tidak terlalu kepanasan dan hanya merasai suhu yang sepatutnya.


D) BAGI KUCING MINUM SUSU SETIAP 3-4 JAM

Korang kena beri anak kucing korang minum susu setiap 3-4 jam menggunakan syringe. Korang boleh dapatkan syringe yang sesuai daripada veterina. Keadaan akan menjadi berbeza sekiranya anak kucing korang sakit. Kalau anak kucing sakit pula korang kena bagi dia minum susu setiap 2-3 jam. Bab menyusu ini, korang kena bagi anak kucing minum susu suam, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Biasanya susu yang terlalu sejuk tidak akan diminum oleh anak kucing. Bab menyusu ni agak mencabar bagi aku kerana aku sering bergelut dengan anak kucing aku. Kucing aku bila lapar macam kena dirasuk oleh saka, jadi buas lain macam. Biasanya dalam situasi aku, aku akan balut anak kucing tu sebelum bagi minum susu agar dia tidak bergerak.


E) TEPUK BADAN ANAK KUCING DENGAN LEMBUT SELEPAS BAGI MINUM SUSU

Tips ni aku ambil daripada vlogger daripada eropah selepas menyusukan kucing dia. Cara ini bertujuan untuk memudahkan kucing korang untuk belahak (rasanya). Setakat ni tips ini sangat berkesan kepada anak kucing aku. Biasanya selepas anak kucing aku kekenyangan minum susu, aku akan menepuk badannya secara lembut sehinggalah dia tertidur. Tips menepuk selepas bagi minum memudahkan aku untuk menidurkan kucing.


#5 - MENGURUSKAN BERAK DAN KENCING ANAK KUCING


Anak kucing yang baru lahir tidak dapat kencing dan berak secara sendirinya. Jadi menjadi tanggungjawab korang untuk menggentel kemaluan atau bahagian genital anak kucing secara lembut dan berhati-hati menggunakan tisu yang dibasahkan dengan air suam. Kerja nak bagi anak kucing berak ini adalah kerja ibu kucing dengan menjilat-jilat kemaluan anak-anak mereka. Tapi disebabkan anak kucing korang tiada ibu, maka menjadi tugasan wajib untuk korang. 

Sebaiknya kerja ini perlu dilakukan sama ada selepas proses minum susu atau sebelum minum susu. Ketika melakukan proses ini, agak sukar untuk korang nak pastikan sama ada kucing korang sudah kencing atau belum. Jadi, untuk mengetahui sama ada anak kucing korang dah urinate atau belum, korang perhatikan tengok tisu yang korang gunakan untuk lap kemaluannya sama ada putih mahupun ada kekuningan. Jika warna tisu ada sedikit kekuningan, maknanya 'urusan' mereka telah selesai.


#6 - TIPS TAMBAHAN UNTUK ANAK KUCING 


Anak kucing korang akan mengiau sekiranya dia berada dalam keadaan sejuk mahupun kelaparan. Kadang-kala walaupun korang sudah bagi kucing minum sehingga kenyang, anak kucing masih mengalami masalah untuk tidur dan masih mengiau hingga lewat malam. Untuk atasi masalah ini, korang kena periksa suhu tempat tidurnya sama ada sejuk ataupun panas. 

Kalau korang sendiri tidak pasti sama ada tempat tidur kucing tu panas atau sejuk, cuba korang letakkan kucing di dalam kotak, dan dengar betul-betul cara dia mengiau, sama ada semakin kuat atau sebaliknya. Jika semakin kuat, maka itu bermakna kucing korang tidak selesa untuk tidur di tempat tidurnya. 

Hal ini kerana anak kucing baru lahir sangat sensitif dengan persekitaran dan mereka sangat mudah untuk berasa sejuk. Anak kucing tidak akan mahu tidur dan akan terus mengiau sekiranya tempat tidurnya dalam keadaan sejuk.  Jadi, untuk memanaskan tempat tidurnya, korang boleh gunakan tips yang aku telah kongsikan di atas untuk memanaskan kotak tempat tidur mereka. 

Selepas korang yakin kotak tempat tidur anak kucing telah betul-betul panas, barulah korang boleh  meletakkan kucing tersebut di dalam kotak dan menutup kotak tersebut dengan menggunakan kain agar kucing boleh tidur dalam keadaan gelap dan selesa.


************

Okay, setakat itu sajalah perkongsian aku tentang penjagaan anak kucing yatim atau tanpa ibu. Dalam proses penjagaan adalah keadaan yang paling susah aku nak buat sepanjang dua minggu. Memang menguji mental dan kesabaran korang. Pengalaman aku menjaga anak kucing tanpa ibu memang sangat sukar sebab korang memainkan peranan seperti ibu kucing secara total. Peranan itu umpama korang ada anak sendiri cuma bukan seorang bayi tetapi seekor kucing. 

For the past two weeks memang sangat mencabar, tapi sangat seronok sebab rasa penat tu terubat dengan kucing yang sangat cantik dan comel. Pengalaman menjaga kucing selama dua minggu merupakan satu pengalaman yang sangat bernilai. Entah kenapa, hasil menjaga anak kucing ini telah berjaya membangkitkan dan mengaktifkan naluri keibuan aku yang terpendam. Cheewah. hahaha.

Walaupun kucing tu sudah tiada, aku tetap merindui saat-saat menjaga anak kucing itu. Walaupun susah, sedikit sebanyak banyak mengajar aku tentang kesabaran dan toleransi. Sekarang ini anak kucing tu sudah ada ibu bapa baru. I hope tuan yang baru ini dapat menjaga 'anak' aku sebaik-baiknya. Bye bye Luna, I always love you and you'll be in my memories always. 

Thats all from me. Adios dan wassalam.

4 comments:

  1. Awww sgt best baca! Teringat pengalaman seronok jaga anak kucing sakit di rambai n bila dah keje, anak kucing sendiri pulak. Both without their mums. Memang memenatkan tapi berbaloi bila tgk kucing kt membesar dgn baik..rindu masa tu. Congrats amy n thanks for sharing these tips! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww, terima kasih kak fatin! Tak sangka ada jugak insan yang sudi menyinggah dan membaca~ ^_^ Kesian kan bila tengok baby kucing masih kecik membesar tanpa mak. Btw, we have to congratulate ourselves for being able membesarkan anak2 kucing dengan berjaya~ hahaha

      Delete
  2. Awww sgt best baca! Teringat pengalaman seronok jaga anak kucing sakit di rambai n bila dah keje, anak kucing sendiri pulak. Both without their mums. Memang memenatkan tapi berbaloi bila tgk kucing kt membesar dgn baik..rindu masa tu. Congrats amy n thanks for sharing these tips! :D

    ReplyDelete
  3. tq untuk info. saya baru start jaga kucing yang saya jumpa tengah jalan raya. dah patah kaki. memang menguji kesabaran ni lagi-lagi dia baru 4-5 minggu lahir..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...