W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, kekasih, guru di pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

February 10, 2016

5 TANDA LELAKI SUKA ANDA DALAM DIAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Penulisan aku pada hari ini adalah mengenai cara mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu ada perasaan kepada korang atau tidak. Mungkin si dia adalah rakan sekerja anda mahupun rakan sekelas korang, dan boleh jadi mungkin si dia yang minat korang dalam diam ini adalah seseorang yang korang selalu bertembung setiap pagi atau petang di taman permainan.

Siapa pun lelaki itu, pasti korang pernah terfikir secara bersendirian, "dia ni minat aku ke?". Iyelah, bila dah lama berkawan dan kenal hati budi, pasti persoalan macam itu akan timbul; especially bila korang pun ada hati dekat dia. Tambah-tambah bila dia pun tak beritahu korang mengenai perasaan sebenar dia, tapi CARA tu macam ada. Cuma korang tidak pasti dan was-was je nak percaya secara total. Bukan apa, risau dapat cop minah prasantan aka masuk bakul angkat sendiri pulak kan?

So, bila dah jadi macam tu, lagi la menggunung perasaan ingin tahu tu.  Mesti korang nak tahu sama ada mamat tu jugak ada the same interest dengan korang atau tak kan? Korang jugak mesti nak tahu sama ada dia ada perasaan pada korang atau just having a polite conversation with you. Kalau tak, takdenye korang nak baca blog aku pasal topik ni. hik hik. *wink wink*

Okay, back to the topic. Persoalan korang akan terjawab pada hari. Apa yang aku bakal kongsikan kepada korang ini adalah hasil pemerhatian, pembacaan dan tontonan video mengenai hubungan perasaan antara lelaki dan perempuan. Cheewah. Tapi aku bukanlah expert, cuma suka baca dan ambil tahu pasal benda-benda macam ni. Sebelum aku mulakan celotehan, sila baca dengan penuh sabar, kalau nak buat nota pun boleh. Nak baca sambil makan popcorn pun boleh. Sila..sila..

#1 - DIA GEMAR BERCAKAP DAN BERTANYA SOALAN


Orang laki bila tanya macam-macam soalan pada korang, bukan niat dia nak soal siasat korang polis selalu buat tu. Dia akan cuba sedaya upaya untuk memikirkan dan bertanyakan pelbagai soalan semata-mata untuk memastikan perbualan antara korang dengan dia berterusan. Iyelah, orang laki ni bukan spesis manusia yang suka cakap lama-lama, jadi kalau dia bertubi-tubi bertanyakan soalan tentang diri korang, ianya tanda yang menunjukkan dia mahu korang terus bercakap. Dan boleh jadi jugak dia bertanya pelbagai soalan dengan harapan dia jumpa titik persamaan dengan diri dia dengan korang dan dia nak kenal korang dengan lebih mendalam. Jeng jeng jeng~


#2 - DIA CUBA MENDEKATI ANDA

Lelaki akan lemah dengan perempuan, terutamanya apabila berhadapan dengan perempuan yang dia minat. Bayangkan, kalau tengok korang dari jauh pun lutut boleh berketar-ketar, apatah lagi jika hendak mendekati korang - lagi laa perasaan dia pada ketika tu macam jantung nak terkeluar. Ada dua sebab jadi macam tu, salah satunya sebab malu sebab minat sangat dengan korang dan sebab yang kedua pulak si dia mempunyai kekhuatiran untuk menerima "rejection" atau penolakan daripada korang. Lelaki merupakan makhluk tuhan yang sangat takut dengan rejection daripada wanita. Jadi, ianya adalah sesuatu yang agak sukar bagi lelaki untuk mendekati seseorang yang dia minat kerana khuatir korang akan bagi signal 'merah'. Maka, jika terdapat seorang lelaki yang cuba mendekati anda, itu merupakan signal dia minat kepada korang.


#3 - PERHATIKAN BAHASA TUBUH SI DIA

Lelaki yang minat korang akan menghasilkan satu  pergerakkan secara tidak sedar yang seakan-akan sama dengan pergerakan korang. Dalam erti kata lainnya dia meniru pergerakkan korang tanpa dia sedar. Misalnya korang tengah berdiri, maka dia pun berdiri sambil bercakap dengan anda. Ketika ini si dia cuba untuk selarikan kedudukan dia dengan korang dengan meniru postur korang yang sedang berdiri itu. Iyelah, dah malu nak bercakap dia minat korang, buat bahasa tubuh pun cukuplah kan?

Gambar hiasan. Rasanya aku belum pernah tengok lagi lelaki yang malu sangat
sampai buat gaya macam ni. hahaha

Ada juga sesetengah lelaki mula mempamerkan bahasa tubuh seperti sentuhan (bukan raba) dan memerhatikan korang sebagai tanda dia menunjukkan minat kepada korang. Kalau dia perhatikan korang punya mata secara padat dan tajam ketika orang sedang bercakap, berkemungkinan dia mungkin ada hati dengan korang. Ada juga jenis lelaki suka letak tangan dia di tempat yang pelik-pelik bila dia bercakap dengan orang yang dia minat. Bila dah gabra sangat, tangan diorang pun ada gaya-gaya yang tertentu seperti cekak pinggang, letak tangan dalam seluar dan lain-lain lagi.Tapi kalau ada orang laki menunjukkan minat dengan cara nak menyentuh dan tengok aku dari atas sampai bawah, memang aku bagi kaki terus. 

#4 - SUKA MEMBAHAN ATAU MENGUSIK ANDA 

I know, it sounds weird tapi memang ada dalam kalangan lelaki yang akan buat perangai tak senonoh ni dengan perempuan yang diorang minat. Mulut kata "Wei, hang teruk laa!" tapi dalam hati "Awat hang comel sangatt, baik pulak tu. Hang sedaq tak aku minat hang??".Lelaki jenis macam ni jugaklah yang menjadi punca korang mood swing pada setiap hari disebabkan bergaduh dengan dia. Siapa tahan woi kena bahan setiap hari, kan? Setiap kali dia jumpa korang, membahan tu seolah-olah sudah menjadi hobi dan habit dia dia. 

Yup, lelaki jenis macam ni memang punca korang mood swing setiap hari. Hahaha

Lelaki yang buat perangai tak senonoh terhadap korang adalah disebabkan dia rasa takut dengan emosinya yang sebenar terhadap korang, pada masa yang sama cuba buat korang kagum dengan dia, percubaan menarik perhatian korang dan merendahkan nilai korang untuk menaikkan nilai diri dia. Senang cerita, dia memang minat korang cuma ego dan perasaan malu yang tinggi melangit je punca dia buat perangai macam tu kepada korang. Yup, memang jerks punya perangai tapi hakikatnya dia minat korang. Sungguh tak tipu.

#5 - DIA BOLEH INGAT APA YANG ANDA KATA 5 TAHUN YANG LALU

Berdasarkan pengalaman aku, biasanya lelaki yang minat kita akan ingat sekecil-kecil perkara apa yang kita pernah beritahu pada dia. Kadang-kala benda tu bukanlah benda penting pun, dan kadang-kala korang pun terlupa perkara yang korang pernah beritahu dia pada masa lepas. Kalau tiba-tiba dia boleh ingat apa yang korang kata tu maknanya dia dengar dan betul-betul ambil tahu setiap bait kata yang keluar daripada mulut korang.


Hasil penulisan tips aku pada hari ini adalah bersumberkan daripada Adam LoDolce dan Carlos Cavallo yang mana mereka berdua merupakan dating coach di youtube. Apa yang aku kongsikan ni bukan daripada sebarang orang yang aku copy and paste semata-mata, sebaliknya aku berkongsi maklumat dengan korang daripada hasil menonton video mereka. Kalau korang berminat nak tonton channel diorang, I'll provide you guys with the link below. 

Sexy Confidence - Adam LoDolce 


Okay itu sahaja yang aku boleh kongsikan kepada korang buat hari ini. Jadi ada atau tidak dalam kalangan kawan-kawan korang menunjukkan tanda-tanda macam ni? Kalau ada, maksudnya diorang ada hati la tuu. Aku dah jelaskan tanda-tanda kawan korang minat dalam diam, namun selebihnya its up to you apa yang korang nak buat lepas ni. Kalau korang pun ada hati dengan si dia, terpulanglah pada diri sendiri sama ada nak bawa hubungan tu ke next stage atau sebaliknya. Nasihat daripada aku, fikir masak-masak sebelum nak buat apa-apa. You know whats the best for you, right?

So good luck dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...