W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

January 31, 2014

Parut ini telah membinaku..


 "Kak Amy ni matang, serius."

"Kental betul jiwa ko kan? Pergi mana-mana pun boleh sorang-sorang."

"Aku tahu ko macam mana, Amy. Ko kuat. Dari raut muka pun aku dah nampak ko tabah."

Aku tak rasa kuat pun, aku tak rasa tabah pun. Aku terlalu banyak kekurangan. Dan aku sebenarnya kuat menangis. And I Feels insecure when being alone.

Tapi...

Kesusahan, penghinaan dan keseorangan memang banyak aku erti pengalaman hidup. Bila aku perlukan seseorang dan orang yang aku perlukan tiada disisi untuk hulurkan bantuan, dari situ aku kenal pertolongan Allah itu lebih penting daripada pertolongan manusia. Aku tidak tabah, aku tidak kuat -  tapi kenangkan aku yakin Allah sentiasa berada di sisi aku tatkala aku berasa berseorangan, aku terus yakin dan mampu untuk berdiri sendiri.

Manusia seperti aku bukanlah sesiapa dan hanya makhluk yang lemah. Kekuatan aku bina hanyalah berlandaskan kepercayaan aku terhadapNya - kerana Dia percaya aku boleh lakukan, walaupun secara berseorangan. Dia berikan aku merasai jiwa keseorang dan berseorangan tanpa sesiapa di sisi, maka perkara yang dikurniakan olehNya buatkan aku yakin aku boleh hidup tanpa sesiapa, melainkan atas izin-Nya.


Pernah tak dengar, pengalaman yang mematangkan kita? Setiap kesakitan yang aku rasai sepanjang aku kenal untuk hidup secara berdikari di sebuah tempat yang agak asing ini, buatkan aku untuk mengenal erti sabar dan toleransi. Biarpun di luar sana aku sentiasa dikutuk dan dipandang rendah oleh mereka yang merasakan diri mereka lebih 'tinggi', itu tidak pernah buat diriku berasa gentar.

Aku sedar, aku lemah dan air mata pun sudah banyak mengalir tatkala konflik duniawi membelenggu jiwa dan mentalku. Daripada setiap kelemahan itu aku belajar untuk bangun, menguatkan diri yang sedang lemah. Kerana kesakitan itu juga aku sentiasa memandang sesuatu dari sudut perspektif yang positif, so that aku dapat mengurangkan rasa gundah dan gulana. Mungkin dari situ ada segelintir adik junior yang mengenalku mengatakan aku seorang yang matang. 

Mungkin kerana cara aku yang sebegitu, menjadikan mereka melihat aku seorang yang matang. Cara aku menangani setiap kekusutan dan masalah serta melihat setiap permasalahan dari sudut pandang yang positif, bentuk diri aku untuk jadi insan yang bukan seperti dulu. Dalam hal macam ni, aku hendak berterima kasih kepada Dia kerana berjaya menguatkan dan mematangkan diriku. 

Dia telah mengurniakan manusia, hamba-Nya, untuk mentenggelamkan aku buat sementara. Manusia-manusia ini hadir atas izin-Nya untuk mengecewakanku, menghinaku, merobek kepercayaanku hanya kerana satu misi - untuk menjadikan aku hamba-Nya yang kuat. Alhamdulillah, bersyukur atas setiap kesakitan yang dia kurniakan. 

Dan terima kasih kepada manusia yang pernah buat aku berasa sakit dan menangis, kerana kalian sudah menguatkan diriku. Terima kasih dan semoga Allah sentiasa berkati hidup kalian. 

Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)