W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

November 24, 2013

What I think about love..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Termanggu diri secara bersendirian menghadap skrin laptop - meneliti sebarang aktiviti pembacaan yang boleh diperolehi di dalam internet. Dan yang pasti Facebook - mukaBUKU yang menjadi 'port' kegemaranku dalam meneliti dan membaca beberapa maklumat yang telah dikongsi oleh rakan-rakan di dalam laman sosial tersebut. 

Sedang sibuk mataku meliar melihat pauan-pautan untuk ditekan dalam mendapatkan pembacaan hasil perkongsian mereka, mataku terus terhentu pada satu pautan gambar yang agak menarik tajuknya. Apabila ditekan, ianya merupakan satu komik yang dilukis oleh seseorang yang aku tidak kenali. 

Tiba-tiba teringat pesan abah :

"Kalau kamu nak mencari seseorang untuk dimuatkan dalam hidup kamu seumur hidup, cari seseorang yang sanggup susah dan senang bersama dengan kamu."

His words makes me thinks for a few times. Pertama sekali, bagaimana aku mahu berjumpa dengan orang seperti itu dalam hidup aku; yang sanggup hadapi susah dan senang bersama aku? Sanggup ke dia (yang tidak tahu siapa) susah demi aku? Bolehkah dia dengar apa yang aku nak sampaikan daripada hati aku? Sebab kebanyakkan orang yang aku jumpa tidak berjaya dengar apa yang aku cuba sampaikan.

Cakap pasal susah senang ni, agak rumit sebenarnya. Kadang-kala orang yang kita rasa serasi pun belum tentu dapat bersama dengan kita tatkala susah dengan senang. Susah senang ini macam satu komitmen yang kita letakkan kepada orang yang kita rasa dialah yang paling istimewa dalam hidup kita. Kalau boleh, if something happen to this person, kitalah orang yang paling risau dan kalau boleh nak tolong sehabis mampu yang kita boleh tolong. Tiada alasan yang jadi penghalang, sebaliknya aku nak tolong dia. Lebih kurang macam itulah.

Orang itu, mampukah terima diri aku seadanya aku yang mana tatkala tiada kata yang mampu aku katakan atau luahkan, dia menjadi perangsang kepada diriku untuk berbicara sepenuh hati? Mampukah dia mendorong, membangkitkan dan memotivasikan aku tatkala aku jatuh daripada kegagalan dunia? Adakah aku akan berjumpa dengan seseorang yang akan berjuang dan menghadapi semua rintangan dunia hanya semata-mata untuk aku? Adakah aku akan berjumpa dengan seseorang yang berjaya merobohkan tembok besar yang sekian lama aku bina?

Menyukai seseorang belum bermakna tembok aku itu sudah runtuh. Kadang-kala tembok itu umpama satu perasaan yang mana aku belum tentu sepenuhnya ada hati dengan seseorang. When I like someone, it doesn't mean that I love that particular person. Sometimes, it just a feeling, in which there will be no wounds inside my heart even that particular person does not having any affection towards me. Kompleks nak terang perihal perasaan aku ni sebenarnya. Haha.

Kadang-kala benda-benda macam ni akan berbalik semula kepada ketentuan Illahi. Sebab tu aku malas nak ambil port sangat apabila abah dan mak mula bertanya. Perihal jodoh ini, aku berserah sahaja kepada Allah.

Sekian dan wassalam.

November 11, 2013

Friends and Lovers

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bila mana sahabat menjadi lebih daripada sekadar sahabat, mereka menjadi pasangan, seolah-olah mereka sama-sama berkongsi perkara yang mereka minati, hati dan perasaan serta hidup mereka secara bersama. Rasa seronok, kerana kita berjumpa dengan seseorang yang telah bersama dengan kita, susah-senang bersama, dan mereka tahu apa yang kita fikirkan.

Namun apa akan terjadi sekiranya hubungan itu tidak kekal lama? Tergantung di tengah jalan? Adakah mereka akan terputus buat selamanya? Bagaimana pula dengan persahabatan yang telah dibina untuk sekian lamanya? Adakah ianya turut terjejas? Umpama kita kehilangan seseorang yang sudah sekian lama berada dalam hidup kita, kemudian kita membuangnya keluar atas sebab perasaan. 

Sebenarnya, itulah perkara yang paling menyedihkan.

Dalam hubungan antara lelaki dengan perempuan, ada yang kekal menjadi kawan dan ada pula yang berlaku disebaliknya - salah seorang daripada mereka mempunyai perasaan terhadap rakan mereka, dan ada pula keadaan yang mana mereka sama-sama suka. 

Manusia ada perasaan, bukan? Kadang-kala bukan kehendak kita untuk ada perasaan dengan rakan kita, ianya datang secara sendiri. Tambah-tambah kalau rakan kita tu seorang yang rapat dan paling memahami kita, maka perasaan suka pun berputik. It's something out of our control. 

Jika berlaku kes yang mana suka sama suka, kira masih dalam keadaan yang terkawal lagilah hubungan itu. Masih hubungi antara satu sama lain, cuma bezanya 'naik taraf' sikit la kan? Haha. Tapi yang sedih bila salah seorang sahaja yang melibatkan perasaan suka itu. Bertepuk sebelah tangan la katakan.

Bila keadaan ini terjadi, mesti salah seorang akan tarik diri. 

Tak mau kawan dengan kau dahh! Kau tak suke kiteee!!~ Keciwasss~

Itu dia. Sebab apa? Kecewa, katanya. Kecewa sebab kita tidak menerima hati mereka. Lama-lama mulalah mereka menjauhkan diri daripada kita, sebab apa? Bila mana melihat mereka berjalan dan menghadap kita, hati terluka, umpama sembilu menusuk kalbu manusia. Pegh, sakit tu bro, sembilu menusuk masuk tangan pun mata berair-air, inikan pula menikam kalbu. Boleh kecewa tahap tergolek, kan?

Begitulah ceritanya. Aku pernah berada di tempat itu - dua-dua aku pernah rasa iaitu perasaan menyukai seseorang dan disuka oleh orang lain. Aku faham apa yang mereka rasa, faham sangat. Aku pernah berada dalam situasi yang mana aku suka seorang rakan aku dan orang yang kita suka tidak ada perasaan yang sama dengan kita. 

Secara jujur, memang kecewa dan perkara itu buatkan aku mengambil masa beberapa bulan untuk mula berkawan dan hubungi dia semula. But, it all turned up okay bila kawan aku tu pujuk balik, maksudnya salah seorang daripada rakan itu ada usaha atau inisiatif untuk berkawan balik. Iyalah, siapa tidak sedih bila hilang kawan, kan? 

Pada ketika itu aku fikir, kenapa aku sanggup mahu menjauhkan diri daripada seorang rakan hanya semata-mata sebab perasaan aku? Sebab malu? Atau ego tercabar? Obvious sangat aku berkawan dengan dia pun secara tidak ikhlas dan sekadar untuk keuntungan sendiri. Jadi, persahabatan apakah itu? Just take for granted?



Bila aku berada dalam situasi kawan aku, when somebody likes you but you can't give something what they seek from you. It's hard, I'm telling you, because I have to make him facing something that I've faced before. Aku tahu perasaan kecewa itu macam mana, jadi bila mana kita terpaksa berjujur dengan perasaan kita, macam rasa hendak pecah kepala sebenarnya.

Aku hargai perasaan mereka, dan bukan salah sesiapa atau pun dia kerana ada perasaan pada seseorang. Benda sudah terjadi, sukar untuk undur kembali. Tapi, kita pun tak boleh paksa diri sendiri untuk suka seseorang yang hati kita tidak terbuka untuk dia, kan? Bukan tak terbuka, cuma mungkin belum tiba waktunya untuk terbuka.

Apabila aku tidak menunjukkan sebarang isyarat atau tanda-tanda atau menolak perasaan mereka, maka terdapat segelintir yang mengundur diri. Kemudian, seseorang yang kita kenal dan selalu bertegur sapa sama ada secara maya atau dalam dunia realiti, seperti orang asing, seolah-olah tidak pernah saling kenal-mengenali.

Now you just somebody that I used to know.

Sakit. Perit bila kehilangan seseorang yang aku pernah rasa rapat, seseorang yang aku pernah bertegur sapa, kehilangan tempat aku bergelak ketawa dan bercerita. Tapi bila berhadapan dengan keadaan seperti ini, aku bertindak seperti manusia yang tiada perasaan dan tidak peduli. Tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

You know what? Aku mungkin aku boleh suka 'this particular person', mungkin masa yang boleh menentukan keadaan itu. Mungkin, sebab hati dan perasaan boleh berubah, mungkin hati aku boleh berubah dan terbuka untuk dia. Kalau dia tidak mudah mengalah, bersabar dan cuba untuk merobohkan 'tembok' yang aku bina untuk sekian lama, mungkin hati aku boleh terbuka untuk dia. Mungkin, cuma Allah yang tahu.

Mungkin.
Mungkin. 
Mungkin.

Malangnya, tiada siapa yang berjaya merobohkan tembok itu - Mostly, terkandas tengah jalan. Jika aku mudah berikan hati aku pada orang, aku rasa orang takkan menghargai pun perasaan aku, dan mereka akan mengambil secara mudah. Sorry, this is how I deal with people, sebab aku mencari seseorang yang betul-betul serius dan stabil dari segi perasaannya, bukan manusia yang anggap hati dan perasaan sekadar mainan aku-suka-kau-kau-suka-aku. Boleh faham?


Alah, senang cerita, kalau dah syok sangat pada aku, apa kata kau masuk meminang, boleh? 
Itu baru power bro! Allah pun redha!

*double thumbs up* 

Secara kesimpulannya, bagi aku kawan sentiasa menjadi kawan, walaupun aku pernah ada hubungan dengan manusia itu sebelum ini. Kalau aku suka seseorang tapi orang itu tidak ada perasaan pada aku pun, aku tetap mahu dia menjadi kawan aku. Sebab apa? Sebab aku sentiasa mengalu-alukan rakan dan sahabat dalam hidup aku - berkawan biar seribu, bercinta biar satu. 

Tapi jika ada yang mahu keluar daripada hidup aku dan hendak menjadikan aku sebagai orang asing dalam hidup hamba Allah itu, I can't do anything about it. Itu plihan hidup dia, walaupun pada hakikatnya aku terpaksa telan rasa sedih itu. 

Okay, mahu sahaja berhenti membebel. Sekian dan wassalam.



November 3, 2013

Bila Mana Manusia Haloba.

Bila mana darah yang dilihat, bukan lain.

Sejauh mana manusia merasakan dirinya mulia;
Jika dia sendiri jauh daripada yang Maha Esa?

Sejauh mana benarnya persepsi manusia;
walhal akal tidak dapat membatasi ilmu-Nya?

Sejauh mana manusia merasa dia bersyukur;
sedangkan hati sentiasa ada sikap kufur?

Buka minda, buka hati, 
biar bicara dengan akal, bukan hati,
mentaliti tertutup, keruh persepsi;
rasa diri sentiasa di atas dan betul sendiri,
tanpa sedari manusia mula meluat melihat diri.

rakan taulan dijatuhkan,
bangga keramat mendapat habuan,
hidup tidak kenal lagi erti kebenaran, 
asal mata mata melihat kenikmatan,
jangan dikeluh pada masa depan,
bila hidup kau dalam kegelapan.



November 2, 2013

I Don't Need A Man to Make Me Feel Good

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


“A girl wants attention, a woman wants respect. A girl wants to be adored by many. A woman wants to be adored by one.” - anonymous
Kata-kata di atas memang membuatkan aku mengenang kembali bait-bait kata daripada beberapa orang hamba Allah, anak adam yang agak pincang juga dalam berkata-kata. Lagak anak-anak adam ini gemar mengkritik, mungkin dengan mengkritik dapat meningkatkan rasa keyakinan diri mereka. Oleh kerana hobi mereka adalah mengkritik, maka aku juga tidak terlepas menjadi mangsa kritikan mereka. 


"Amy, hang ni cuba la lembut sikit."
"Hang tu cubalah berlawa sikit. Mami tu pun lagi pandai berfesyen daripada hang!"

"Eh, aku tak berminatlah nak berkenalan dengan dia. Dia tu macam ganas sangat."

"Hang ni cubalah jalan tu slow sikit, hang tu perempuan."

"Kau tak laku amy!"


Dan ini merupakan salah satu perbualan yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila :

"Hang nak tahu tak macam mana nak bagi lelaki minat pada hang?"



"Hah? Apa dia tu?" *lain macam je mamat ni..*


"Cuba hang pakai baju warna-warni sikit. Jaga sikit tingkah laku, sopan sikit.."


Kelakar. Lucu. Penat juga sebenarnya berhadapan dengan kritikan manusia seperti ini. Secara jujur, aku tidak faham dengan mentaliti mereka. Sedih apabila berhadapan dengan penghakiman manusia. Mereka tidak sedar manusia yang mempercayai penghakiman yang diadili oleh mereka adalah tepat dan benar seolah-olah bertuhan pandangan dan persepsi mereka - sedangkan Allah itu lebih Maha Adil dan aku rasa persepsi Allah juga tidak sekejam manusia. 

Secara jujur, pada awalnya aku hampir tenggelam dengan persepsi mereka - aku mempercayai kata-kata mereka bahawa aku wanita yang serba kekurangan, serba-serbi cacat cela dan mungkin kerana itu aku tidak dipandang lelaki. Kata-kata mereka memang berjaya buat aku jatuh sehingga hilang rasa keyakinan diri terhadap diri sendiri - I almost lost my sense of worthiness.

Apabila aku mula menukar cara berfikir..


Tidak berbaloi aku melayan tanggapan mereka. They are nothing. Then, I'm asking myself

Pertama :
Kenapa aku perlu kelihatan cantik di hadapan lelaki ajnabi, yang bukan suami aku? Berbaloikah aku menerima tanggapakan manusia yang mengemukan persepsi berdasarkan nafsu mereka tetapi bukan ilmu?

Kedua :
Perlukan aku melembutkan suaraku dihadapan lelaki? Seperti control ayu, tidak menjadi diri sendiri? Hanya aku bercakap dengan nada tegas dan berperwatakan tegas di hadapan lelaki, aku dilabel sebagai ganas?

Ketiga :
Kenapa dengan cara aku berjalan? Hanya kerana aku berjalan pantas, tidak mahu membuang masa, aku dikatakan kurang kewanitaan? Perlu ke aku berjalan secara lemah longlai dan membiarkan masa memotongku? 

Please listen dan Read Carefully!


Maaf sekiranya kata-kata aku mungkin agak kasar. Aku sebenarnya ingin sahaja tergelak apabila seseorang menanyakan perihal aku berpakaian. Jika aku menerima apa yang diperkatakan oleh mereka secara buta tuli hingga tidak berfikir panjang, nampak benar aku seumpama manusia yang bertindak seperti lembu yang dicucuk hidung. Berikut merupakan huraian panjang lebar berkenaan dengan persoalan-persoalan di atas untuk menjawab kritikan-krtitikan lelaki :

Persoalan Pertama : 

Niat aku berpakaian untuk siapa sebenarnya? Allah. Jika aku lakukan hanya kerana untuk mendapat redha Allah, tidak semestinya aku perlu berpakaian cantik berwarna-warni, ikut trend. Apa yang aku mahukan hanya mendapat redha Allah, dan hanya kerana Allah. Yang penting hendakah kemas dan rapi, tiada bau dan kekotoran pada baju aku. Jika aku ada suami, dan dia ingin aku kelihatan cantik, barulah aku akan mengikut keinginan. Jadi mengapa aku perlu berpakaian menarik hanya untuk menarik perhatian lelaki ajnabi? Dan bagaimana pula hukumnya dalam agama? Dan apa pula pandangan Allah melihat diriku? Astaghfirullahalazim. 


Persoalan Kedua : 

Terdapat peringatan perihal melembutkan suara kepada perempuan oleh-Nya di dalam Alquran;


فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)

Jadi disini perlukah aku melembutkan suaraku di hadapan lelaki ajnabi yang mungkin mempunyai penyakit hati? Tambah-tambah bila berhadapan dengan lelaki yang mahu aku melembutkan suaraku di hadapannya. Adakah dia lelaki yang mampu menjaga hatinya? Adakah imannya cukup kuat? Aku rasa tiada kepentingan bagiku untuk melembutkan suaraku hanya kerana untuk memenuhi keinginan manusia yang mungkin dipengaruhi oleh nafsu mereka. 

Jika aku melembutkan suara dan tingkah lakuku, bagaimana pula dengan suamiku? Apa yang aku mahu berikan kepada suamiku? Apakah keistimewaan yang aku hendak berikan kepadanya? Daripada aku memberikan keistimewaan melembutkan suara dan tingkah laku kepada lelaki ajnabi yang hanya dapat dosa, lebih baik aku melembutkan suara dan tingkah laku di hadapan suami yang lebih mendapat pahala dan redha di sisi Allah.


Persoalan Ketiga :

Ingin aku menyopankan cara berjalan? Seperti mana? Lenggok seperti model yang mungkin menggoyahkan iman lelaki? Maaf, aku bukan wanita seperti itu. Bagi aku, jika cara aku berjalan yang laju membuatkan lelaki kurang tertarik dengan aku, aku rasa lebih baik daripada cara jalan yang lain kerana aku tidak mahu membuat satu perlakuan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi. Tambahan lagi, mengapa aku perlu berjalan secara perlahan-lahan yang memakan masa?  Aku mahu mengejar masa, that's it, nothing more.

Perlukan aku merendah diri?





Ayat ini membuatkan aku kembali untuk reflek diriku. Allah cipta aku, kenapa aku perlu rasa rendah diri hanya dengan kata-kata manusia yang tidak sempurna? Allah itu sempurna, maka dia cipta aku dengan sempurna. Aku perlu rasa bersyukur dengan diri aku. Mengapa hanya kerana kritikan manusia perihal baju dan perbuatan aku perlu merasa cepat hilang keyakinan diri? 

Ada lagi manusia yang dikritik lebih teruk daripada aku di luar sana. Ada lagi manusia yang lebih susah, ada yang tidak sempurna fizikalnya. Namun tidak pernah dia berputus asa. Yes, I need to love myself more than anyone. Aku perlu yakin dengan diri sendiri, aku perlu yakin dengan kekuatan dan kelebihan yang aku miliki.


Kesimpulan sebagai penutup bicara


Apabila aku mendengar permintaan-permintaan lelaki yang berunsur keduniaan ini, hanya satu aku fikirkan, mereka tidak matang. Penglihatan mereka hanta tertumpu kepada fizikal semata-mata, tanpa melihat dan mengenal wanita dari sudut yang lebih menyeluruh. Mereka hanya menilai perkara yang mereka nampak secara mata kasar.

Aku bukanlah wanita yang mahu hidup dalam persepsi dunia yang kelam-kabut, yang dipengaruhi agenda-agenda yang semakin hari meruntuhkan moraliti manusia. Jika di mata manusia aku kurang cantik, kurang menawan dan kurang mengikut trend, aku terima dengan hati terbuka dengan kritikan mereka. 

Aku ambil kembali kata-kata di atas, tidak perlukan perhatian sebaliknya cukuplah sekadar penghormatan. Aku tidak mahukan pujaan daripada ramai lelaki, sebaliknya cukuplah hanya seorang yang memujaku, iaitu suamiku. Dan yang paling penting, aku mahukan hanya Allah yang meredhai setiap perilaku diriku. 

I don't need a man to make me feel good, only Allah who can me feel that way.

Sekian dan terima kasih.

Nota kaki : Lelaki ni kuat juga pemerhatian mereka, kan? Pelik, tak pula jaga pandangan mereka. 

November 1, 2013

Pertunangan Sahabatku! XD

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

"Jauh perjalanan, luas pemandangan."

Memang jauh perjalanan, dengan memandu kereta Kancilku yang masih kental walaupun sudah dimiliki oleh tiga orang pemilik, berjaya memandu dari Pulau Pinang ke Ipoh, Perak dengan kelajuan 100km/j hingga 140km/j. Aku rasa jika aku memberitahu abah perihal kelajuan pemanduanku, mahunya dia ketuk aku dengan batang penyapu. Ampun abah, ampun anakmu yang baik ini!

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi tatkala melihat kebahagiaan sahabat baikku dalam majlis yang penuh barakah. Selama menjadi sahabat baik secara berempat, berseloroh hingga tidak ingat dunia, ketawa bersama, menangis bersama dan selalu berbicara soal jodoh (kecuali aku..haha :p). Akhirnya, salah seorang sahabat baikkan telah dipetik oleh seorang hamba Allah yang soleh, subhanallah! Yup, sahabat baikku telah menjadi tunang orang, yeayyyy! I'm happy so much for her! sobs..sobs.. :')

Apabila cincin disarungkan..ewah! Haha  :p

Love her smile, she looks so sweet and beautiful in my eyes. :)

Hantaran dan sahabat baikku bersama ahli keluarganya.

Jodoh ini sentiasa milik Allah. Kadang-kala kita tidak menjangka siapa gerangan hamba-Nya yang telah ditakdirkan untuk bersama dengan kita. Iya, pasangan yang menggenggam erat tangan kita hingga membawa kita menuju ke syurga. Namun setiap insan daripada ciptaanNya sentiasa berdoa untuk mendapat pasangan yang soleh dan solehah, kan?

Tiada siapa tahu perancangan Allah, takdir yang dipegang oleh setiap daripada kita - terutamnya ajal maut dan jodoh. Itu semuanya telah menjadi rahsia Allah. Jika bicara soal jodoh dan pasangan, mesti kita terfikir siapakah orangnya yang menjadi pasangan kita, kan? Boleh jadi jiran depan rumah, boleh jadi satu tempat pengajian, boleh jadi satu tempat praktikum dan boleh jadi berdekatan dengan tempat praktikum. Opss! Haha :p

Best moment of our lives. :)

Nothing much to say here. Moga tali persahabatan ini sentiasa kekal di hati dan menjadi saksi di hadapan Allah kerana kita mempunyai antara satu selama lain. Dan sebagai seorang sahabat, hanya mampu mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat buat sahabat baiknya. 

Amin. :)

Sekian dan Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...